Memotong Kuku Kucing: 5 Perkara Pemilik Kucing Yang Baru Perlu Tahu

Ya, kuku kucing perlu dipotong ya!

Jika anda baru mula membela kucing, anda akan cepat menyedari yang terdapat beberapa perkara berkaitan dengan menyediakan kucing anda kediaman yang selamat dan penuh dengan kasih sayang dan anda tidak pernah tahu satu perkara. Salah satu perkara tersebut adalah memotong kuku kucing anda.

Kucing secara kebiasaaannya akan mencakar-cakar untuk sentiasa memberikan kuku mereka elok dan tajam. Walaubagaimana pun ada seketika anda perlu membantu dan memotong kuku kucing anda.

Perkara ini sangat mendebarkan sekiranya anda tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Ini merupakan 5 panduan dalam memotong kuku kucing anda.

1. Terima yang kucing suka mencakar

Sudah lumrah kucing mencakar benda. Mengasah kuku adalah tingkahlaku lumrah untuk kucing dan ia adalah perkara yang bagus dilakukan oleh kucing.

Tidak menggalakkan kucing anda untuk mencakar adalah tidak betul sama sekali namun kamu perlu menghalang kucing anda dari mencakar perabot anda. Sediakan pos mencakar yang bersesuaian untuk kucing anda.

2. Tahu bila perlunya memotong kuku kucing


Kucing anda mencakar dengan kerap ini bermakna semakin tajam kuku mereka. Anda mungkin perlu memotong kuku kucing anda secara berkala.

Seberapa kerap bergantung kepada penerimaan kucing anda namun apabila anda mula melihat kucing anda sering tersangkut pada karpet ataupun langsir, itu merupakan masa yang bagus untuk memotong kuku.

3. Dapatkan peralatan untuk memotong kuku kucing


Terdapat beberapa bentuk pemotong kuku yang ada di pasaran. Salah satunya berbentuk seperti gunting dengan bilah sedikit lengkung.

Gunakan pemotong kuku yang memberi keselesaan pada anda dan juga kucing anda.

4. Begini cara untuk memotong kuku kucing anda


Untuk memotong kuku kucing, mudahnya hanya memotong bahagian yang tajam sahaja. Namun anda perlu mengelak dari memotong terlalu pendek kerana ia mungkin menyakiti kucing anda.

 

5. Mulakan dengan perlahan-lahan untuk megelakkan kucing anda gelisah

Ada kebanyakan kucing mudah sahaja untuk memotong kuku namun anda perlu ingat kucing ini pelbagai personaliti jadi ada juga sukar untuk dipotong kuku sekiranya ia merupakan satu rutin yang baru buat kucing anda.
Mulakan dengan memegang kaki kucing anda dengan lemah lembut tanpa cuba untuk memotong kuku. Jika kucing anda membenarkan anda memegang kakinya, teruskan dengan memegang satu demi satu jari jemari kakinya.

Kemudian anda memperkenalkan pemotong kuku kepada kucing anda. Cuba letakkan pemotong kuku pada kuku kucing anda tanpa anda memotongnya dahulu. Sekiranya kucing anda kelihatan tenang, barulah anda memotong kuku. Namun ambil sedikit masa untuk memotong kuku yang lain supaya kucing anda tidak terkejut.

Mungkin mengambil beberapa sesi untuk membuatkan kucing anda biasa dengan rutin ini namun anda akan baik-baik sahaja setelah kucing anda dapat membiasakan diri.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment