Tahukah Anda Memelihara Kucing Dapat Memberi Kelebihan Kepada Bayi

Kita semua mungkin sudah pernah mendengar larangan untuk memelihara kucing semasa hamil.

Atau kucing tidak boleh dekat-dekat dengan bayi. Ada yang kata kucing boleh menyebabkan kegugur4n, bulu kucing berbahaya jika dihirup, dan lain sebagainya.

Seringkali kita melihat apabila menerima ahli baru dalam keluarga, ibu bapa akan merasa risau dengan kehadiran kucing. Sehinggakan sanggup melepaskan kucing yang sudah lama berada di dalam jagaan mereka. Walhal kucing itu lah selama ini mendoakan kesejahteraan keluarga mereka, kita tak tahu bukan? Jadi anda merupakan bakal ibu bapa dan memiliki kucing? Ini MM lampirkan kelebihan untuk bayi jika anda mempunyai kucing di dalam rumah. Dengan harapan anda tidak perlu lagi melepaskan kucing anda, atau paling teruk membuang kucing anda. Janganlah begitu, kucing anda merupakan ahli keluarga anda juga.

Sebelum terburu-buru mengabaikan atau melepaskan kucing kesayangan anda sila baca dahulu penjelasan ini.

Memelihara kucing ketika hamil, selamat atau tidak?

Gambar: Sepi Cat

Memelihara kucing ketika hamil sebenarnya selamat. Sebenarnya, kucing memberikan manfaat kepada ibu hamil kerana boleh mengurangkan tekanan.Yang selalu menakutkan banyak orang dengan kewujudan kucing di rumah adalah virus toksoplasmosis yang dapat menyebabkan kec4catan pada janin jika terjangkit selama kehamilan.

Namun, menyalahkan kucing sebagai satu-satunya penyebab tertular perihal virus tokso adalah perkara yang salah. Mengambil makanan mentah, atau buah dan sayur yang tidak dicuci berisiko lebih besar untuk diserang virus toksoplasmosis. Toksoplasmosis disebabkan oleh parasit Tozoplasma gondii, yang boleh dijangkiti kucing jika ia memakan makanan atau memijak tanah yang tercemar dengan parasit tersebut.

Untuk kucing yang dipelihara di dalam rumah dan diberikan makanan khusus kucing, tentunya risiko ini akan berkurang ataupun tiada langsung. Penyebaran virus toksoplasmosis dari kucing yang terinfeksi pun tidak semudah yang orang bayangkan. Anda hanya boleh dijangkiti jika bersentuhan dengan sisa kumbahannya.

Untuk itu, mintalah anggota keluarga lain untuk membersihkan sisa n4jis kucing selama anda hamil. Dan pastikan selalu mencuci tangan setelah bermain dengan kucing, terutama jika hendak makan. Selain itu, jangan lupa gunakan sarung tangan semasa berkebun kerana virus tokso jauh lebih banyak berada di luar rumah berbanding pada kucing.

Memelihara kucing dapat mengurangkan risiko obesiti dan alergi pada bayi

Gambar: Pets Ahoy

Kajian terbaru oleh Universiti Alberta menunjukkan bayi yang dilahirkan dengan keluarga yang memiliki kucing mempunyai risiko yang rendah untuk diserang alergi dan obesiti jika bayi tersebut didedahkan dengan haiwan peliharaan semasa awal kelahirannya. Ini adalah kerana tahap dua jenis bakteria usus —Ruminococcus yang dikaitkan dengan mengurangkan risiko penyakit alergi, dan Oscillospirayang dikaitkan dengan tahap kekurusan — yang meningkat apabila ada haiwan peliharaan di dalam rumah. Kucing membawa bakteria yang sihat di badan mereka, jadi tiada masalah untuk bayi anda mendekati kucing dan jika kucing anda menjilat bayi anda ini akan membuatkan imunisasi bayi anda meningkat.

Kajian itu melihat pada komposisi mikrobial usus oleh 746 bayi Kanada dalam 3 bulan pertama mereka. Sebelum dan selepas bayi itu lahir hampir setengah keluarga bayi tersebut mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah (kebanyakannya anjing) dan hanya 8% dari mereka hanya mempunyai haiwan peliharaan semasa fasa prenatal. Walaupun ada di kalangan keluarga yang memiliki haiwan peliharaan semasa bayi dalam kandungan, masih lagi boleh mengurangkan risiko untuk obesiti dan alergi pada bayi, terima kasih kepada pendedahan haiwan peliharaan sejak bayi dalam kandungan lagi.

Oleh kerana bayi yang dilahirkan melalui prosedur CSection akan kehilangan mikrob yang bagus dari laluan kelahiran, ini akan meningkatkan risiko untuk obesiti. Jadi dengan adanya haiwan peliharaan seperti kucing dapat membantu mengurangkan risiko obesiti. Pada tahun 2015 sebuah kajian diterbitkan yang bertajuk Maternal and Child Health Journal, menunjukkan bayi yang dilahirkan secara CSection mempunyai risiko dua kali ganda untuk obesiti pada umur 2 tahun namun jika memiliki haiwan peliharaan merendahkan risiko tersebut. Kajian dari Universiti Alberta juga menyokong kenyataan ini dengan menunjukkan apabila seorang wanita melahirkan secara CSection, mereka mempunyai tahap Enterobacteriaceae yang tinggi — yang dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk menjadi terlebih berat. Namun apabila hadirnya haiwan peliharaan, bakteria tersebut dapat dikurangkan.

Memelihara kucing dapat mengurangkan risiko asma

Gambar:imgix.bustle

Selalu kita dengar kucing menyebabkan bayi asma bukan? Namun menurut kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Pediatik Asma Denmark, COPSAC, Universiti Copenhagen dan Hospital Herlev-Gentofte bersama yang lain dan diketuai oleh Profesor Klinikal Hans Bisgaard, menunjukkan bahawa kucing dapat mengurangkan risiko asma di kalangan kanak kanak dengan kepelbagaian spesifik Gen 17q21. Kepelbagaian gen ini merupakan faktor yang terkuat sama ada seseorang bayi itu akan menghidapi asma.

Tambahan lagi, menurut analisa yang mereka temui dalam kajian tersebut, bukan hanya dengan memelihara kucing dapat melindungi dari serangan asma namun juga dapat melindungi dari penyakit radang paru paru dan bronkitis di kalangan bayi dan kanak kanak dengan kepelbagaian gen ini. Ini dikaitkan kerana faktanya gen 17q21 ini terlibat dalam ketiga tiga kondisi penyakit ini.

Namun kajian perlu dilakukan dengan lebih mendalam untuk membuktikan secara keseluruhan bahawa kucing dapat mengubah gen seseorang.

Memelihara kucing dapat meningkatkan imun bayi

Gambar: Bored Panda

Ada kajian mendapati bahawa memelihara kucing (atau anjing) di rumah dapat mengurangkan risiko bayi dijangkiti batuk dan selesema selama tahun pertama kehidupannya.

Jadi, ia bertentangan dengan pendapat majoriti. Bayi yang memiliki kucing atau anjing justeru lebih jarang sakit dibandingkan anak-anak yang hidup tanpa haiwan peliharaan.

Namun, ada beberapa perkara yang harus diperhatikan jika memelihara kucing ketika ada bayi di rumah. Di antaranya:

  • Jangan membiarkan bayi tidur dengan kucing tanpa pengawasan, kerana risiko mungkin kucing akan menutupi wajah bayi anda.
  • Pastikan kuku kucing tidak tajam dengan memotongnya secara berkala. Dan selalu memerhatikan saat kucing sedang bermain dengan bayi. Pisahkan kucing dari bayi jika permainan sudah terlalu agresif, untuk menghindari bayi dicakar atau digigit.
  • Bawa kucing peliharaan ke doktor haiwan untuk diperiksa kesihatannya. Jangan lewatkan jadual vaksin dan pemberian ubat cacing untuk kucing anda.
  • Jaga kebersihan kucing dan hindari memberikan wangi-wangian atau bedak pada kucing yang jesteru berisiko membuat bayi alergi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment