Mandulkan Kucing Perlu Dibayar Zakat? Ini Penjelasan Mufti WPKL

Mesti selalu dengar yang kucing yang dimandulkan perlu dibayar zakat dan fidyah?

Oleh sebab itulah ada di antara pemilik kucing yang enggan memandulkan kucing-kucing peliharaan mereka.

Berikut merupakan penjelasan dari mufti WPKL, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hal ni.

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 314 (4 JULAI 2016 M / 29 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan, perlukah saya membayar zakat fitrah untuk kucing yang dikasi atau kembiri, kerana ada orang mengatakan ia perlu dizakat fitrah sepertimana manusia biasa juga. Mohon pencerahan tuan. Jazakallah

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Wallahua’lam, kami tidak mengetahui tetapi yang dinaskan bahawa zakat fitrah hanya terkepada kepada manusia sahaja, seperti yang termaktub dalam hadis sahih riwayat Ibn Umar R.anhuma:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ عَلَى الصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ، وَالحُرِّ وَالمَمْلُوكِ وفي رواية: عَلَى الذَّكَرِ، وَالأُنْثَى

Maksudnya:

Rasulullah SAW menfardhukan zakat fitrah dengan segantang barli, atau segantang tamar ke atas anak kecil atau dewasa, merdeka dan hamba. Dalam riwayat lain: atas lelaki dan perempuan.

Hadis riwayat Bukhari (1511 & 1512)

Wallahua’lam…

Menurut Pusat Pungutan Zakat pula,

Ada baiknya disedekahkan sejumlah wang mengikut anggaran peribadi sebagai ganti perbuatan memandulkan kucing tersebut. Kadar sedekah adakah hak peribadi dan kemampuan masing-masing. Ianya terpulang kerana atas sedekah dan bukannya zakat. 

Jadi kesimpulannya tiada salahnya memandulkan kucing atas sebab JAKIM mengatakan ianya Harus dan tidak perlu dibayar zakat. Alasan apa lagi nak diberikan apabila enggan memandulkan kucing?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment