Makanan Kering VS Makanan Basah Yang Mana Bagus Untuk Kucing?

Setiap pemilik kucing mempunyai pendapat yang berbeza dalam pemilihan makanan basah atau kering. Untuk memahami isu ini jom kita teliti mengenai nutrisi kucing.

Sudah tentu kita hanya inginkan yang terbaik buat kucing kita. Bukan sebab apa pun, sebab kesihatan mereka jugak kannnn…

Apa yang perlu kucing makan dan apa nutrien yang kucing perlukan?

Anjing merupakan haiwan omnivour dan mampu untuk menghancurkan dan menghadam sayuran dan juga protein haiwan. Kucing pula merupakan haiwan karnivor yang bermaksud kucing perlukan diet daging dalam diet mereka.

Walaupun secara teorinya, kucing mungkin mendapat protein yang mencukupi dari sumber tumbuhan untuk kekal hidup, namun kucing juga memerlukan asid amino dan taurine untuk perkembangan yang padu. Taurin selalu dijumpai dalam daging.

Haiwan karnivor seperti kucing mempunyai sistem penghadaman yang pendek kerana mereka tidak memerlukan untuk menghancurkan selulosa yang kuat yang hanya didapati di dalam tumbuhan. Memperkenalkan selulosa dalam diet kucing mungkin menyebabkan kucing anda mempunyai masalah pencernaan.

Secara keseluruhannya, makanan basah mempunyai bahan bahan utamanya iaitu daging atau ikan yang merupakan hidangan yang sesuai untuk diet keperluan kucing.

Tapi ini tidak semestinya makanan basah merupakan pilihan yang terbaik berbanding makanan kering atau kibbles. Kibbles yang terbaik adalah lebih baik daripada makanan basah yang tidak berkualiti. Jika anda memberi makan kucing anda makanan kucing premium, kucing anda akan menyukainya tidak kira makanan tersebut basah mahupun kering.

Debat mengenai makanan kering

Ada pemilik kucing yang sentiasa membiarkan makanan kering atau kibbles di luar sepanjang masa untuk kucing mereka. Lebih lebih lagi jenis bekas makanan yang auto feeding tu. Ada juga yang campurkan dengan makanan basah.

Jika kucing anda hanya memakan kibbles, kucing anda mungkin mendapat nutrien yang kurang berbanding dengan kucing yang memakan makanan basah. Terdapat banyak kibbles tidak berkualiti yang hanya mengandungi filler yang banyak. Kebanyakan filler adalah perlu untuk proses pembentukan bentuk kibbles semasa dalam proses pembuatan kibbles di kilang. Tambahan pula filler tersebut salah satu bahan yang menjimatkan kerana ia lebih murah dari daging.

Dehidrasi dan diet makanan kering

Pem4ngsa yang dimakan oleh kucing liar mngandungi 70% air. Makanan basah kucing mempunyai sekurang kurangnya 78% dan makanan kering mempunyai sekurang kurangnya 10% air. Kucing yang memakan makanan kering selalunya tidak mendapat air yang mencukupi. Kucing akan jadi dehidrat yang kronik dimana ia menjurus kepada masalah kesihatan seperti Kegagalan buah pinggang kronik dan pembentukan batu karang.

Menurut Purina (syarikat pembuat makanan kucing), jika anda memberi makan kucing anda makanan kering, kucing anda patut minum sebanyak 1 cawan air untuk setiap 10 pound berat badan untuk sehari. Untuk cuaca panas, kucing anda perlukan lebih daripada itu. Kucing yang memakan makanan basah hanya perlukan air sebanyak satu per tiga atau setengah dari itu.

Jika anda memberikan kucing anda kibbles, sangat diperlukan untuk anda menyediakan sumber air yang bersih dan segar. Water fountains khas untuk kucing ada dijual di pasaran dan ia sangat bagus untuk menarik perhatian kucing anda untuk meminum air dan semestinya ia mempunyai penapis yang semestinya membersihkan air dari sebarang kekotoran mahupun habuk.

Makanan kering dan obesiti kucing

Kucing yang hanya mempunyai diet makanan kering lebih cenderung untuk obesiti dan diabetis dari kucing yang memakan makanan basah. Ini adalah kerana kandungan karbohidrat tinggi dalam pelbagai jenis kibbles dan cara pemberian makanan yang bebas dan memberikan kucing anda akses 24jam kepada makanan tersebut. Jadi jangan gunakan makanan auto feeding ya melainkan anda tiada di rumah.

Jika kucing anda agak gempal, kurang kan jumlah pemberian makanan dari pemberian makanan setiap masa. Untuk mengelakkan kucing menghidap diabetis, sila berikan kibbles yang premium atau tukar kepada makanan basah.

Debat mengenai makanan basah

Jadi maknanya makanan basah lagi bagus lah kan? Hmmm tak semestinya. Ada makanan kering premium yang lagi bagus dari makanan basah kucing yang sangat tidak berkualiti.

Periksa bahan bahan dalam makanan basah kucing anda. Ia sepatutnya mempunyai sumber protein haiwan sebagai bahan nombor 1 dan idealnya ia tidak patut mempunyai daging by-product. Daging by-product ni apa? Sisa sisa sumber daging yang tidak dimakan oleh manusia. Ew…

Ada juga yang menegaskan bahawa makanan basah menjurus kepada masalah gigi termasuklah gingivitis, tapi jika anda rajin membersihkan mulut dan gigi kucing anda ia tidak menjadi masalah sangat pun.

Kesimpulannya

Pemilihan makanan basah atau kering yang pentingnya silalah pilih makanan yang premium untuk kucing anda tidak kira lah basah atau kering semestinya ia merupakan pilihan yang paling tepat untuk kucing anda. Tapi, jangan hanya percaya bulat bulat apabila makanan kucing tersebut katanya premium. Anda perlu tengok bahan bahannya sama ada betul premium ataupun tidak.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment