Makanan Basah Kucing 100% White Meat Dari Delizios Apa Kata MM?

Ok kisahnya MM berpeluang eh bukan-bukan… kucing-kucing MM berpeluang untuk rasa makanan basah dari Delizios. Rezeki budak-budak ni kan.


100% white meat kau….

White meat ini apa? Oklah MM bagi penjelasan dulu mengenai white meat.

Apa tu white meat?

Menurut Wikipedia, dalam terma kulinari, white meat adalah daging yang berwarna pucat sebelum dan selepas masak. Contoh white meat adalah daging ayam atau poultri yang datang dari dada ayam berbeza dari daging yang datang dari kaki di mana warnanya lebih gelap. Ikan juga merupakan white meat.

Ada ura-ura mengatakan yang white meat ni lebih baik pada red meat. Menurut Nutrition advance, white meat tidak mengandungi myoglobin. Myoglobin ini adalah sejenis protein yang ditemui pada daging yang mempunyai warna merah yang pekat. Macam daging lembu daging kambing dan sebagainya. White meat ada juga protein jenis ini cuma kuantiti sedikit berbanding daging merah.

Jadi rasa-rasanya dah faham kan apa itu white meat?

Delizios 100% White Meat Selection

Protein sebenar dari Bonito iaitu ikan tuna (white meat) yang dipenuhi kuah atau jeli lembut!

THE FRESHNESS

THE FRESHNESSCannot resist the freshness that makes our Delizios an ultimate indulgence.Shop this collection at your nearest Supermarket near you!A must not miss perfect indulgence……100% White Meat Selection!

Posted by Delizios Malaysia on Thursday, 17 January 2019

MM yang manusia ni pun tengok menyelerakan haha.

Kalau anda nak tahu delizios ada 7 perisa yang berbeza.

  • Chicken In Broth yang mengandungi Daging ayam, Air, agen Pemekat dan Vitamin E

  • Bonito White Meat In Soft Jelly (Kanikama topping) yang mengandungi Bonito white meat, kanikama (crab stick), air, Agen pemejalan, agen pemekat dan vitamin E

  • Bonito White Meat In Soft Jelly (Shirazu topping) yang mengandungi bonito white meat, shirasu (macam ikan bilis), air, Agen pemejalan, agen pemekat dan vitamin E

  • Bonito White Meat In Soft Jelly (Cheese topping) yang mengandungi bonito white meat, keju, air, Agen pemejalan, agen pemekat dan vitamin E

  • Bonito White Meat In Soft Jelly (Crab topping) yang mengandungi Bonito white meat, isi ketam, air, Agen pemejalan, Agen pemekat dan vitamin E

  • Bonito Whole Loin Chunk In Broth Snapper & Shrimp yang mengandungi keseluruhan loin ikan merah, vitamin E, Kuah Udang dan ejen pemekat.

  • Bonito White Meat In Broth Supreme yang mengandungi Bonito white meat, air, ejen pemekat dan vitamin E

Serius mengiurkan bukan? Kucing apatah lagi. Kucing MM yang seekor tu memang cerewet makan. Bayangkanlah wetfood dari jenama ******* makan tak pernah habis. Bila MM bagi yang delizios punya sekejap je licin satu tin tu. Tak cukup pula tu satu tin berebut dengan kucing yang lain pula. Kucing-kucing MM dapat rasa semua perisa kecuali satu yang jenis Bonito Whole Loin Chunk In Broth Snapper & Shrimp tu je tak. Tapi kalau dah semua perisa lain laju je licin yang ni mesti top punya kan.

Kita memang tahu yang makanan basah lagi elok berbanding makanan kering atau kibbles kan. Sebabnya makanan basah mengandungi kelembapan yang mencukupi bagi kucing yang kurang minum air.

Tekstur

Dari gambar ni anda boleh lihat ketulan-ketulan bonito yang besar-besar kan? Lagi satu jelinya pun tak la banyak dari isi ikan tak macam wetfood ******. Buat pertama kali MM exposekan anak-anak bulus MM pada anda semua.. Yang cerewet makan tu si budak kelabu tu.

Dan yang paling penting, pinggan licin k.

Sampai jilat lantai ha budak kecik tu….

Analisa Nutrisi

Menurut analisa nutrisi makanan basah dari delizios ni (setiap perisa analisi berbeza ya ini MM ambil dari jenis yang paling tinggi nilai proteinnya iaitu dari jenis Bonito White Meat In Soft Jelly (Shirazu topping)

Menurut kajian, kucing memerlukan sekurang-kurangnya 2 gram protein per 0.45 kg berat badan setiap hari untuk mengekalkan jisim otot mereka. Mengikut pengiraan MM, satu tin delizios (80g) mengandungi 12 gram protein. Jadi satu tin tu untuk seekor kucing yang mempunyai berat 2.7 kg. Kucing MM semuanya berat-berat belaka hehe jadi satu tin memang tak cukup laaaa. Bukan sehari makan satu tin ni je kan.. MM selalunya bagi wetfood sebagai ganjaran untuk kucing-kucing MM. Yang penting kita kena tahu kuantiti protein dalam makanan kucing tu. Anda boleh pilih Bonito White Meat In Soft Jelly (Shirazu topping) dan Bonito White Meat In Soft Jelly (Cheese topping) yang masing-masing mengandungi 15% protein.

Kadar kelembapan tu sebanyak 82.0% jadi kucing yang ada masalah kurang minum air tu memang elok lah. Kucing MM yang cerewet makan tu adalah survivor FLUTD, iaitu jangkitan saluran urinari. Untuk galakkan kucing anda minum air, anda boleh pilih jenis yang berkuah seperti Chicken in Broth, Bonito White Meat in Broth (Supreme) dan Bonito Whole Loin Chunk in Broth (Snapper & Shrimp).

Dimana nak beli?

Cerita pasal perisa sudah, cerita pasal nutrien pon dah jadi anda rasa nak beli kan? Ok anda boleh dapatkan di PetSupply.my. Bukan produk Delizios je ada macam-macam produk lagi ada semuanya lengkap untuk kucing anda. Kalau anda nak cuba produk Delizios ni sebab macam teruja kan dari apa yang MM kongsikan ni anda boleh cuba Delizious Starter Pack yang mengandungi kesemua ketujuh-tujuh perisa.

Sebelum tu anda perlu membuat satu akaun dalam Pet Supply tau. Alaaaa macam shopping kat Zalora kan cumanya ni barangan kucing lah. Klik SINI untuk mendaftar…

Info lebih lanjut mengenai produk ini anda boleh pergi ke laman web PetSupply.my, dan laman web Delizios, boleh like Facebook page Delizios Malaysia dan follow Instagram DeliziosMY.

Apalah Mak ni lupa nak lap-lap dak kecik ni bagi comel-comel bersih sebelum jadi model produk hehehe maafkan mak nak.. Mak terlupa.

Dan yang paling penting sekali ianya halal…..

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment