Macam mana Kucing Pilih Seseorang Jadi Manusia Kegemarannya?

Kebanyakan kucing ada manusia kegemarannya dalam sesebuah keluarga percaya atau tidak.

Ya memang benar ada kajian yang menunjukkan yang kucing adalah haiwan yang berdikari yang tidak bergantung kepada manusia untuk terus hidup. Secara jujurnya mungkin kenyataan ini akan dipercayai oleh individu yang tidak pernah membela kucing. Hanya kerana kucing ni suka berdikari tidak bermakna kucing tidak merasa kasih sayang dan terikat dengan pemilik mereka.

Ada kucing yang boleh mengalami kegelisahan perpisahan (separtion anxiety) apabila manusia kegemaran mereka tiada atau pun sudah meninggal dunia.

Tapi kenapa ada kucing yang lebih suka seseorang individu berbanding semua orang? Untuk memahami keadaan ini?

Kenapa seorang sahaja?

Kebanyakkan kucing betul memilih manusia kegemaran mereka. Manusia kegemaran mereka mungkin individu yang sentiasa memberi makan, atau bermain atau individu yang sentiasa meluangkan masa bersama-sama kucing.

Kucing yang agak pemalu mungkin lebih menyukai individu yang membantu mereka merasa selamat. Individu yang dipilih ini tidak pernah cuba untuk membelai atau mengepung kucing tersebut.

Ini tidak bermakna kuicng tidak akan tunjuk kasih sayangnya kepada orang lain, kira kucing lebih mempunyai ikatan yang kuat dengan manusia kegemaran mereka.

This, of course, is not to say that the cat won’t show affection to anyone else, simply that they have a deeper relationship with their particular human.

Komunikasi kucing


Kucing akan mengadaptasi cara-cara komunikasi dalam sesetengah perkara iaitu untuk memahami manusia mereka dan difahami oleh manusia mereka.

Jadi kucing mungkin haiwan genius yang manipulatif yang merasakan manusia diprogram untuk menjadi penjaga kucing. Jadi mungkin manusia kegemaran kucing anda sahaja yang memahami kucing anda? Mana tahu bukan?

Kebanyakan kesalahan yang manusia lakukan

Selalunya kita apabila terserempak dengan kucing, kita dengan segera akan pergi ke arah kucing tersebut bukan? Namun anda tidak tahu yang berinteraksi dengan kucing tanpa kebenaran kucing tersebut adalah kesalahan yang sering kita lakukan.

Apa yang manusia boleh lakukan?

Yang sebetulnya adalah kita perlu tunggu hulurkan tangan jika kucing tersebut datang ke arah kita jadi kita sudah mendapat kebenaran untuk berinteraksi. Pastikan tangan kita rendah sama paras dengan hidung kusing tersebut.

Diva bebenor….

Jika kucing tersebut mula menggesel kepalanya kepada tangan anda, ini bermaksud kucing tersebut menanda anda dengan feromon yang dirembeskan dari kelenjar bau pada pipi kucing. Ini merupakan kucing tersebut sudah menerima anda.


Secara kesimpulannya manusia yang sentiasa berinteraksi dengan kucing mereka, berikan perhatian secukupnya mudah menjadi manusia kegemaran kucing tersebut.

Kucing tak jauh beza pun dengan manusia. Kucing lebih sukakan sahabat manusianya untuk melayan mereka dengan baik iaitu mendengar mereka, meluangkan masa, memberi perhatian dan menyayangi mereka.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment