Lima Personaliti Utama Kucing : The Feline Five

Pengkaji di Australia dan New Zealand telah mengaplikasikan spesifik model yang mendiskripsikan personaliti manusia kepada kucing domestik dan apa yang mereka temui sangat menarik perhatian MM.

Berikut merupakan lima jenis personaliti kucing yang diberi nama sebagai The Feline Five.

1. Neurotik

Kucing jenis ini sedikit pemalu. Mereka menunjukkan jenis personaliti penakut, selalu bersembunyi dan berasa terancam dan berhati-hati terhadap manusia dan keadaan sekeliling mereka.

2. Etraversi

Kucing jenis ini merupakan kucing bijak yang sentiasa tahu apa yang mereka lakukan. Mereka sangat ingin tahu, aktif dan inventif. Kucing jenis ini sentiasa memikirkan penyelesaian sesuatu masalah. Jika anda mempunyai kucing seperti ini anda boleh melatihnya lakukan helah.

3. Dominasi

Jika anda memiliki kucing yang banyak, anda mungkin memiliki seekor kucing yang membuli. Jika anda melihat salah seekor kucing anda menunjukkan dominasi terhadap kucing yang lain dan kelihatan seperti membuli, jadi kucing anda mungkin mempunyai personaliti kucing yang suka membuli. Kucing jenis ini sangat degil dan mahukan cara mereka sahaja terhadap semua perkara.

4. Impulsif

Jenis personaliti ini menunjukkan ciri-ciri seekor kucing yang tidak menentu dan semberono. Anda tidak pernah dapat memahami personaliti kucing ini kerana sering berubah-ubah.

5. Mampu Bersetuju (agreeableness)

Jenis personaliti ini menunjukkan ciri-ciri kucing yang peramah dan penyayang. Mereka penyayang terhadap manusia dan lemah lembut secara semulajadinya. Kucing jenis ni lebih suka mendekati pemilik mereka dan dibelai.

Jadi rasa-rasanya kucing chuols personaliti yang macam-mana? Jom kongsikan di ruangan komen. Kucing MM seekor tu dominasi betul. Memang jelas personaliti membuli dia tu. Kucing sulung la katakan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment