Lelaki Menemui Anak Kucing Yang Hampir Mati Di Tepi Jalan Dan Lakukan Apa Sahaja Untuk Selamatkannya

Kenali Godot! Ia ditemui di tepi jalan oleh lelaki yang baik hati bernama Encik Avahit dalam keadaan yang sangat teruk, kehilangan sebelah mata dan memerlukan rawatan dengan segera.

Tanpa membuang masa lahi Encik Avahit membawanya ke klinik veterinar. Mereka berkata mata yang sudah rosak itu boleh luruh pada bila-bila masa atau ia perlu dibuang secara pembedahan. Selepas anak kucing tersebut dimasukkan air, anak kucing itu dibawa ke rumah barunya.

Ketika itulah Encik Avahit memutuskan untuk menghubungi Petfriends, untuk melihat sekiranya mereka boleh membantu dalam penjagaan anak kucing ini. Mereka memutuskan untuk mengikuti perkembangan Godot dan sedia membantu Encik Avahit jika dia memerlukan.

Selepas beberapa hari namun masih tiada perkembangan, ubat yang disapu pada mata itu langsung tidak memberi kesan. Mata Godot semakin merosot dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Godot dibawa semula ke klinik dan mereka mengatakan yang mata Godot sudah terlalu besar dan boleh memberi kesan kepads otak jadi pembedahan hanyalah pilihan yang ada.

Pembedahan tersebut berjaya dilakukan dan kini Godot dalam proses penyembuhan terima kasih kepada hero kit Encik Avahit.

Kini Godot kucing yang sihat dan gembira dan suka bermain setiap hari.

Godot yang comel walaupun mempunyai satu mata sahaja!

Kini masa lampau Godot betul-betul sudah menjadi sejarah. Kini ia sihat, dijaga dan menemui rumah selamanya bersama manusia yang berhati emas.

Inilah Godot bersama heronya!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment