Lelaki Ini Menyelamatkan Sesuatu Yang Dia Ingatkan Anak Kucing. Rupa rupanya….

Pada September tahun lalu, Mathieu Patry dari Quebec Canada dalam perjalanan ke tempat kerja suatu pagi apabila dia bertemu sesuatu yang kecil seperti anak kucing. Apabila dia mendekati, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Mathieu berada di jalanan berkayu sehingga dia bertembung dengan sesuatu berbulu yang kecil di tepi jalan.

“Pada mulanya saya ingatkan anak kucing. Saya pergi dekat untuk lihat dengan lebih jelas dan barulah saya sedar tapak kaki besar dan telinga bulat itu,” kata Mathieu.

Ciri ciri yang jelas itu menunjukkan anak kucing itu bukanlah anak kucing biasa namun anak haiwan liar yang kelihatannya terpisah dari ibunya.

“Saya menyedari bahawa ia adalah anak Lynx Kanada. Spesis kucing liar,” tambahnya lagi.

Mathieu tidak pasti jika ibu Lynx berhampiran atau anak Lynx itu dipinggirkan jadi dia memutuskan untuk meninggalkan anak Lynx tersebut dimana dia ditemui dan berharap ibunya akan datang kembali untuk mengambilnya. Namun anak Lynx tersebut sentiasa bermain di fikiran Mathieu.

“Keesokan harinya saya pergi semula ke tempat tersebut untuk melihat sekiranya anak Lynx tersebut masih ada, dan dari jauh saya dapat dengar bunyi anak Lynx itu,” kata Mathieu.

Mathieu menunggu terlebih dahulu sebelum tiba masa yang sesuai untuk menyelamat. Dia risau jika anak Lynx tersebut tidak mampu untuk hidup sendiri tanpa ibunya.

 “Anak Lynx ini mungkin yang paling lemah antara adik beradiknya jadi sebab itulah ibunya meninggalkannya.”

Mathieu menemui anak Lynx ini berdekatan dengan pokok, ambil dan membawanya pulang.

“Saya menghubungi pemulihan hidupan liar di zoo tempatan untuk bantuan,” kata Mathieu.

Sejurus dia dapat berhubung dengan pakar, Mathieu diberi segala arahan untuk pemberian susu dan penjagaan untuk anak Lynx untuk sehari itu.

Mathieu menjaga anak Lynx tersebut dengan teliti untuk memastikan anak Lynx tersebut OK sehingga malam.

“Keesokan harinya saya bawanya ke zoo,” kata Mathieu.

Rupa rupanya anak Lynx tersebut sangat muda dan tidak mampu hidup lama jika dibiarkan hidup sendiri. Kini dengan bantuan pasukan pemulihan, anak Lynx tersebut membesar dan hidup dengan sihat. Setelah ia bersedia, ia akan dilepaskan semula ke dunia liarnya semula.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment