Lelaki Ini Menukar Ruang Bawah Tanahnya Menjadi ‘Hutan Mini’ Khas Untuk Dua Ekor Bengal Milik Mendiang Adiknya

Hilton Patton dari Edmonton, Alberta memutuskan yang cara terbaik untuk menghormati mendiang adiknya Boston adalah membina sesuatu untuk dua ekor kucing Bengal yang disayangi oleh mendiang.

Dua ekor kucing bengal itu bernama Benji 3 tahun dan Nala berusia 5 tahun. Kedua-dua ekor kucing bengal tersebut mempunyai kesukaran untuk membiasakan diri dengan kehidupan mereka tanpa mendiang.

 “Nala dari dahulu merupakan kucing yang agak peramah jadi ia agak mudah menyesuaikan diri. Tapi Benji sedikit sukar kerana ia hanya sayang dan suka kepada seorang sahaja iaitu Boston.

“Benji tidak pernah benarkan sesiapa membelainya kecuali Boston. Ia sentiasa ikut Boston ke mana sahaja, lonpat atas Boston, tidur bersama Boston.” kata Hilton.

 “Untuk menghasilkan projek ini saya tahu yang dia (Boston) tidak mahu Benji dan Nala berpisah kerana dia sebenarnya sudah beritahu saya secara spesifiknya mengenai hal ini. Dan saya tahu yang dia tidak mahu kucingnya pergi kepada seseorang yang dia tidak kenali dan percaya.

 “Jujurnya saya tidak mampu menerangkan mengenai proses keseluruhan projek ini kerana sangat pedih untuk saya menerimanya.

“Cuma tiada apa yang penting melainkan melakukan sesuatu untuk dia (Boston). Wang tidak penting, kerjaya saya tidak penting tiada apa perkara yang penting.”

“Secara emosinya, pembinaan projek ini saya rasa sangat membantu kerana saya sangat sedih dan ini merupakan sesuatu yang saya boleh buat sepenuh hati dan perasaan saya.

 “Semua wang saya dan semua masa saya dicurahkan untuk projek ini. Jujurnya saya masih bersedih dan tidak akan berhenti bersedih. Namun apabila berada berdekatan dengan kucing-kucing ini dan dapat melihat mereka setiap hari ia sememangnya membantu saya sedikit sebanyak.”

“Inilah dia mendiang adik saya, Boston. Saya lakukan semua ini untuk dia. Saya berharap dia dapat melihat semua ini. Dia meninggal dunia pada 3 Februari 2018 kerana membunuh diri.

 “Saya sayangkan dan rindukan dia lebih dari apa yang boleh dijelaskan oleh perkataan.”

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment