Lelaki ini Mempunyai Ketakutan Yang Terlampau Terhadap Kucing Dipaksa Menghadapi ‘Serangan’ Anak-anak Kucing Yang Sangat Comel

Setiap orang mempunyai ketakutan terhadap sesuatu namun ada di antara kita yang mempunyai ketakutan terhadap perkara yang pelik seperti takutkan kucing. Ya ada di antara kita yang mempunyai fobia terhadap kucing yang dipanggil ailurophobia.

Sedang kebanyakan orang sukakan kucing, tidak dapat difikirkan apa yang dihadapi oleh individu yang takutkan kucing. Jika anda tidak percaya, anda patut jumpa lelaki yang bernama Sal Vulcano ini.

Jika anda buat reaksi muka seperti ini, anda mungkin mempunyai ailurophobia

Sal yang merupakan krew rancangan The Impractical Joker sememangnya takutkan kucing sebab itulah rakan-rakannya seronok  meletakkan kucing kepadanya.

Untuk menghukumnya kerana membaling tarantula kepada rakannya, krew Impractical Jokers memutuskan untuk merantai Sal dan mengepungnya dengan kucing.

Kesian pula MM tengok tapi video dorang ni memang lawak habis. Sakit perut dibuatnya.


Chuols tengok la video ni…

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment