Lelaki ini Memasang Kamera Pada Waktu Malam Untuk Melihat Apa Kucingnya Buat.

Seorang pemilik kucing di Thailand ingin tahu apa yang dilakukan oleh kucingnya pada waktu malam jadi dia memasang kamera untuk merakam aktiviti kucingnya semasa dia sedang tidur.

Pengguna Facebook Lomphonten Lomphontan memuatnaik shot video kucingnya ‘menjaganya’ semasa dia tidur di group kucing Thailand, ‘Cat Lovers Club.’ 

Seperti yang anda boleh lihat dia berjaya merakam beberapa shot momen yang sangat awwwww… comelnya


Kucing berasal dari keturunan kucing liar Africa yang kebanyakannya adalah haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam. Proses pendomestikan kucing menjadikan kebanyakan corak aktiviti kucing lebih diurnal iaitu berjaga pada waktu siang. Namun ada juga kucing yang masih berjaga pada waktu malam seperti yang anda boleh lihat ini.

Pengguna facebook ini bukan seorang sahaja pemilik kucing yang ingin tahu apa aktiviti kucing mereka pada awaktu malam. Para pengkaji di Universiti Georgia meletakkan kamera kecil pada 55 ekor kucing di kawasan Atlanta dan mengkaji lebih rakaman yang berdurasi lebih 37 jam untuk mengenalpasti tren ini. Seperti nenek moyang mereka, 44% kucing outdoor ini memburu haiwan, 85% penangkapan ini berlaku semasa musim hangat.

Samada kucing indoor atau outdoor anda mungkin pernah mendengari kucing berbunyi pada waktu malam dengan bunyi lolongan. Bunyi adalah disebabkan pelbagai punca antaranya, usia tua, stress, masalah kesihatan atau saja-saja kucing bosan. Ini selalu terjadi pada kucing indoor yang tidak cukup masa bermain.

Jika kucing anda sering mengganggu waktu tidur anda pada waktu malam, anda boleh cuba mengaktifkan kucing anda dengan pelbagai aktiviti pada waktu siang. Cuba beri makan kucing anda sebelum waktu tidur di mana kucing selalunya akan tidur selepas kekenyangan.

Perlu diingat ya walaupun kucing anda sayang anda sepenuh hati, kucing boleh menyebabkan anda cedera dengan tidak sengaja pada waktu malam. Kucing anda mungkin teruja melihat mata anda bergerak-gerak semasa anda tidur.

Yang kucing pun macam tahu-tahu jer dorang kena rakam. Pandang tepat kat kamera plak tu. hehe

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment