Lelaki Ini Bina Rumah Pokok Khas Untuk Kucingnya Mengembara Dunia Luar Dengan Selamat

Rumah pokok (tree house) khas untuk kucing ini adalah kerja yang mengkagumkan dari Alex seorang tukang kayu dari Brooks Joinery. Dia membina rumah pokok ini khas untuk kucing indoornya supaya kucing tersebut dapat mengembara dunia luar dengan selamat. Kucingnya selalu termenung di tingkap, jelaslah yang kucingnya ingin berada di luar. Ini memberikan Alex satu idea untuk membina satu ruang untuk kucingnya berada di luar namun masih bercantum dengan rumahnya. Oleh kerana Alex adalah tukang kayu yang sangat berpengalaman, dia tahu yang dia boleh buatkan satu tempat khas untuk kucingnya meluangkan masa di luar.

Kerja keras Alex berbaloi kerana anak-anak bulusnya semua sukakan cationya itu, nama yang diberikan kepada pendedahan dunia luar tertutup untuk kucing indoor ini. Ia adalah struktur yang sangat menakjubkan dengan terowong dan pagar yang membenarkan kucing-kucingnya bebas meneroka tanpa membataskan kebebasan mereka.

Apabila Hadley, anak perempuan Alex berkongsikan hasil buatan ayahnya itu di Reddit, semua netizen terpaku betapa tingginya keluarga mereka berbakti kepada kucing-kucing mereka. Projek ini masih belum siap sepenuhnya kerana Alex ini menambah pintu masuk kedua dari tingkap tingkat atas yang menyambung ke rumah pokok tersebut. Jadi tiga ekor kucing mereka, Daisy, Marvel dan Luna boleh meluangkan masa di dunia luar dengan selamat dengan adanya inisiatif Alex ini.

Jom tengok video ni komfom chuols tergamam…

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment