Lelaki Berpakaian Seperti Batman Demi Menyelamatkan Haiwan Di Pusat Perlindungan

Chris Van Dorn yang berusia 27 tahun sememangnya peminat Batman dan seorang pencinta haiwan.

Namun apabila dia menjadi sukarelawan untuk organisasi penyelamatan haiwan sekitar Orlando, Florida, dia mula menggunakan persona ini untuk mendapatkan perhatian kepada kepentingan pengadopsian haiwan peliharaan.

Ikuti: Instagram | Batman4Paws

Kenali Batman dunia sebenar yang menyelamatkan haiwan di pusat perlindungan

Pada mulanya, Chris menggunakan kostum Batman untuk merahsiakan misi superheronya. Walaubagaimana pun kebaikan yang dilakukan oleh jejaka berusia 27 tahun ini menyinarkan identiti sebenarnya setelah GoFundMe mengumumkan Chris sebagai ‘hero’ mereka pada bulan Mei yang lalu.

Pencinta haiwan berusia 27 tahun ini, menyembunyikan identitinya di sebalik topeng hero.

Chris melancarkan organisasi tidak untung, Batman4Paws sejak tahun 2018. Sejak dari itu Chris sudah melalui pelbagai pengembaraan sepanjang negeri semata-mata untuk menyelamatkan haiwan di pusat perlindungan dari dieuthanasia (disuntik mati) dan carikan mereka kediaman selama-lamanya.

Batmobile yang digunakan untuk misi penyelamatannya hanyalah kereta Honda Accord

Batman dunia sebenar ini hanya memandu Honda Accord namun Chris berharap ada seseorang yang murah hati untuk mendermakannya van yang lebih besar yang  dapat membawa lebih banyak haiwan dalam misi penyelamatannya. Chris juga berharap yang lesen juruterbangnya suatu hari nanti akan berguna juga.

Namun satu hari nanti, Chris berharap dapat meningkatkan kenderaannya jadi banyak lagi haiwan yang dapat diselamatkan. Jadi misi penyelamatannya boleh jadi lebih efisyen!

“Semasa kecil saya sering memandang tinggi nilai yang dicerminkan superhero seperti Batman dan rasakan ia merupakan figura yang sempurna sebagai semangat melakukan kebaikan. Jadi tercetuslah idea gila Batman4Paws. Saya akan membantu menyelamatkana haiwan semampu yang boleh, dengan kelihatan seperti Batman dan menjadi simbol untuk membantu haiwan yang memerlukan,” tulis Chris di laman GoFundMe nya.

Saya akan membantu menyelamatkana haiwan semampu yang boleh

Chris berkata yang dia memahami bahawa berpakaian kostum tidak perlu untuk menyelamatkan nyawa rakan haiwannya. Walaubagaimanapun, dengan berkostum ini dapat membantunya membuka dialog mengenai kepentingan adopsi dan menjaga sementara.

Namun jejaka 27 tahun ini kekal rendah diri mengenai kerja-kerja kebaikannya

“Saya hanyalah orang tengah. Hero yang sebenar adalah insan yang membuka hati mereka untuk menerima haiwan-haiwan ini,”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment