Kupu-Kupu Biru Yang Rare Ini Ditemui Semula Setelah Disahkan Pupus Selama 130 Tahun

Selama 130 tahun satu-satunya spesimen kupu-kupu biru Oriental sayap lutsinar adalah yang ditangkap pada tahun 1887 dan diawet dan disimpan di dalam bekas kaca di muzium di Vienna, Austria.

Spesis kupu-kupu ini dikatakan sudab pupus sehinggalah seorang pelajar PhD pergi mendaki dan membuat penemuan yang menakjubkan ini. Yang bestnya penemuan kupu-kupu rare ni terjadi di Malaysia tau.

Gambar: Marta Skowron Volponi

Semua jenis kupu-kupu sayap lutsinar sudah berevolusi untuk menjadi pakar dalam penyamaran.   Badan mereka sudah menjadi panjang dan berbulu seakan-akan lebah yang membuatkan mangsa takut untuk memakan mereka. Evolusi seperti ini dikenali sebagai Batesian mimicry.

Marta Skowron Volponi, seorang entomologist dari from University Gdansk, Poland datang ke Taman Negara, Pahang Malaysia semata-mata ingin menemui spesis rare ini.

Gambar: Paolo Volponi

Selepas pendakian yang lama, Volponi bersama juruvideonya sampai ke tebing sungai bersama banyak jenis serangga di sekitar. Di sinilah kupu-kupu sayap lutsinar akan datang untuk mengumpulkan garam yang ada di antara batu-batu di tebing sungai sebagai hadiah untuk kupu-kupu betina sempena ritual pengawanan mereka.

Volponi ingat betapa sukarnya untuk mengesan kupu-kupu jenis ini di dunia liar dan apabila Volponi memandang ke bawah terus sahaja terlihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Warna birunya sungguh terang.

“Ia bukan H. pahangensis, di mana spesis yang kami cari. Ia mesti spesis yang baru. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini!” jelas Volponi.

Gambar: Martha Skowron Volponi

Volponi tunggu selama sejam ke dua jam, duduk di tebing sungai sebelum dia ternampak jadi kelibat berwarna biru.

“Saya panggil Paolo dan dia datang berlari bersama kamera besarnya dan kami berdua berhati-hati mendekati kupu-kupu tersebut dan pada masa yang sama merakamnya,” cerita Volponi.

Volponi telah menjumpai semula Heterosphecia tawonoides, atau kupu-kupu biru Oriental sayap lutsinar, hidup dan berbeza dari yang dilihat pada bekas kaca di muzium Vienna. Volponi juga sudahpun menemui perkara menarik mengenai cara kupu-kupu tersebut terbang yang seakan-akan corak terbangan lebah dan tebuan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment