Kucing Yang Sangat ‘Clingy’ Ini Berusaha Lakukan Pose Yang Comel Untuk Halang Tuannya Keluar Bekerja

Kucing yang bernama Kitty ini diambil bela oleh keluarganya pada krismas tahun lepas dan sejak dari itu ia sangat obses dengan mereka.

Selepas hidup di pusat perlindungan kini kucing yang berusia tiga tahun itu sangat bersyukur untuk mempunyai keluarga yang menyayanginya dan Kitty sentiasa mahu bersama mereka setiap masa.

“Kitty suka berada berdekatan kami sepanjang masa– samada di dalam bilik air, dapur mahupun di atas katil, Kitty sentiasa ada,” kata ayah Kitty, Josh Rizzotti. “Kitty sahajalah kucing yang saya tahu sangat suka didukung dan didodoi seperti bayi.”


Kitty sememangnya tidak suka apabila keluarganya keluar rumah untuk bekerja mahupun hal yang lain dan setiap kali ia nampak mereka bersiap siap untuk keluar, Kitty akan berusaha memujuk supaya mereka tidak keluar rumah.

Beberapa bulan yang lalu Rizzotti sedang bersiap siap untuk keluar pergi bekerja. Kitty yang sangat terdesak untuk memujuk Rizzotti duduk di rumah, jadi ia panjat ke atas kerusi yang berdekatan…….

… dan lakukan pose yang paling comel di antara mana-mana kucing pernah lakukan!

Rizzotti terus terkesima dengan pose Kitty yang comel itu dan serba salah untuk pergi kerja mahupun duduk di rumah sahaja membelai kucing manjanya yang sangat clingy tu.

Sejak dari itu, kitty akan cuba pose comelnya dari masa ke semasa dan memikirkan taktik lain untuk memujuk keluarganya kekal duduk di rumah bersama samanya.

“Kerusi itu bukan selalu ada di situ apabila kami keluar jadi bukan selalulah Kitty lakukan pose comel itu. Apabila tiada kerusi itu Kitty cuma ikut kami ke pintu dan menggesel gesel ke arah kami sehinggalah kami selesai memakai kasut,” kata Rizzotti.

“Kitty boleh dengar kami sebelum kami sampai ke pintu kerana ia sudah tunggu kami di depan pintu awal-awal lagi. Sesudah kami buka pintu, ia mula berbunyi dan mencakar sehinggalah kami dukung dan berinya ciuman dan belaian.”


Kitty juga sangat suka duduk di atas kepala ayahnya semasa Rizzotti sedang rileks-rileks atau bermain dengan telefonnya…. Amboi kau Kitty biasa diaaaaa~

…dan sememangnya akan cuba lakukan apa sahaja untuk mengacau ayahnya dari fokus terhadap benda lain selainnya.

Nampak sangat Kitty ini gembira dengan kehidupannya yang baru setelah hidup di jalanan dan di pusat perlindungan. Kitty masih cuba untuk cuba memujuk keluarganya supaya tidak keluar rumah untuk bersama samanya hampir setiap hari. Ada harinya dimana tidak mustahil taktiknya berjaya!

So lets adopt dont shop!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment