Kucing Yang Saiznya Kecil Dari Kucing Seusianya Diselamatkan Dari Kehidupan Seorang Hoader Kucing

Seekor kucing yang tinggal di persekitaran yang menyedihkan sepanjang kehidupannya akhirnya mempunyai tempat tinggal yang lebih baik.

Ia sebesar anak kucing yang berusia 2 bulan namun ia lebih tua dari fizikalnya.

Young Williams Animal Center (di Knoxville, Tennessee) menyelamatkan banyak kucing dari situasi hoarding kucing. Salah seekornya adalah anak kucing ini yang kecil dari yang lain seperti ia tidak pernah membesar.

Mereka menghubungi The Odd Cat Sanctuary, yang khusus dalam kucing serta anak kucing yang memerlukan penjagaan khas dan menyediakan rumah yang tetap dan penjagaan jangka lama kepada kucing kucing yang sukar dan diabaikan.

Rupa rupanya anak kucing ini sudah berusia 11 bulan namun hanya seberat 907 gram sahaja.

“Ia dilahirkan di rumah seorang hoarders kucing. Semua kucing yang diselamatkan adalah bersaiz normal dan ia sahaja yang unik. Anda boleh tahu yang ia hampir dewasa kerana sudah memiliki semua set gigi dewasa,” kata Tara Kay pengasas The Odd Cat Sanctuary.

Ia dipindahkan dari beberapa negeri ke rumahnya yang baru di Salem, Massachusetts. Ketika tiba pada sabtu lepas, anak kucing belang ini kelihatan gembira dan berpurring tidak berhenti.

“Apabila kali pertama saya menemuinya, ia mahu diangkat dan dipeluk. Ia tahu yang kini ia sudah selamat,” kata Tara.

Mereka menamakannya Tennessee sempena negeri asalnya dan kucing betina yang sweet ini cepat cepat menyesuaikan diri di rumahnya yang baru ini dengan meneroka semua bilik dan bermain dengan permainan yang tidak pernah ia dapat sebelum ini.

Veterinar pun tidak berapa pasti kenapa ia tidak membesar menurut penyelamatnya. Ini kemungkinan tumbesarannya terbantut kerana persekitarannya semasa membesar.

Ia juga mempunyai hydrocephalus, satu kondisi di mana terdapat pembentukan cecair di dalam otak.

“Fontanelnya tutup dan ini sangat bagus jadi pada waktu ini ia tidak memerlukan penjagaan khas untuknya. Ia sangat bertuah,” kata Tara.

Walaupun pelbagai penderitaan yang ia pernah lalui dahulu, kucing belang yang sweet ini sangat menyayangi manusia dan kucing yang lain.

Tennessee mungkin kekal kecil sampai bila bila namun ia masih seperti kucing biasa dengan personaliti yang besar. Ia kecil namun mempunyai semangat yang membara.

Selepas hampir setahun tinggal di dalam kehidupan yang sadis, ia masih kekal menyayangi dan mempercayai manusia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment