Kucing Yang Hilang Kembali Selepas 10 Tahun Tapi Terpaksa Ucapkan Selamat Tinggal Buat Selama-lamanya

Apabila kucing Jenifer Banis’ hilang 10 tahun yang lalu, dia tidak rasa yang dia akan menemui kucing tortienya yang comel itu lagi.

Kucing yang asalnya milik mendiang ibunya, kucing yang dinamakan Miss Kitty ini mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati Banis. Mendiang ibunya pernah meminta untuk menjaga Miss Kitty selepas dia mati kerana kanser ovari malah kucing istimewa ini termasuk dalam obituari ibunya.

Kehilangan Miss Kitty sememangnya mematahkan hati. Banis menganggap kucingnya yang hilang itu sudah mati atau merayau terlalu jauh untuk pulang semula, namun 10 tahun kemudian Banis menerima satu panggilan yang mengubah segala-galanya….

8 batu dari rumahnya di Topsham, Maine, pegawai kawalan haiwan mengambil seekor kucing tua yang kelihatan sedih serta dipenuhi kutu dan jelasnya mempunyai masalah kesihatan. Pegawai tersebut, Jeff Cooper menganggap kucing tua ini kucing liar atau kucing jalanan, namun terkejut apabila mengetahui yang kucing ini mempunyai mikrocip yang berdaftar. Apabila Midcoast Humane di Brunswick menelefon nombor telefon yang didaftarkan pada cip tersebut, Barin mengangkat panggilan tersebut.

Sudah 10 tahun dari kali terakhir melihat Miss Kitty, kehidupan Barin kini sudah berubah

Ibu kepada empat orang anak ini yang anak-anaknya sendiri tidak pernah mengenali kucing ibunya. Barin segera keluar menuju ke klinik veterinar untuk bertemu semula dengan Miss Kitty. Miss Kitty yang sudah berusia 16 tahun mengalami pelbagai penyakit berkaitan usia. Ia didiagnos dengan pneumonia dan menjalani tracheotomi untuk membaiki larynx yang rosak.

Keadaan Miss Kitty kelihatan agak baik untuk pulang ke rumah bersama Barin, namun kesihatan Miss Kitty semakin menyerosot. Selama 6 hari Barin dan seluruh ahli keluarganya berusaha menjaga Miss Kitty dengan sehabis baik. Barin memberitahu Portland Press-Herald, yang dia percaya mendiang ibunya yang memimpin Miss Kitty pulang ke rumah tepat pada waktunya.

Katanya,

“Saya percaya ibu saya yang bawa Miss Kitty kepada saya supaya ia tidak mati di hutan tanpa ada sesiapa menemaninya. Semua ini sangat membebankan tubuh kecilnya itu.”

Setelah beberapa hari berlaku, jelaslah yang Miss Kitty tidak akan sembuh…


Selepas berbincang dengan veterinar, Barin memutuskan untuk menamatkan kesengsaraan Miss Kitty. Kucing senior ini mati selepas dapat meluangkan masa bersama keluarga yang sangat menyayanginya. Ucapkan selamat tinggal sangat memedihkan namun Barin berkata dia bersyukur kerana berpeluang untuk memperkenalkan Miss Kitty kepada anak-anaknya kerana Miss Kitty merupakan kucing yang sangat istimewa baginya. Ia adalah cara untuk berhubung dengan mendiang ibunya dan dia rasa yang kejadian ini sememangnya seperti ditakdirkan.
Haish siapa potong bawang ni….

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment