Kucing Yang Diselamatkan Di Jalanan Ini Mempunyai 5 Kaki!

Pegawai Kawalan Haiwan di selatan Georgia terkejut apabila mereka menemui kucing jantan di Tift County Disember lepas.

Kucing ini tidak sama seperti beratus ratus kucing yang pernah mereka selamatkan dari jalanan sebelum ini. Kucing jantan ini mempunyai 5 kaki!

Jelas dalam memerlukan bantuan, kucing tuxedo berusia 6 bulan ini berjalan secara pelik kerana kecacatan yang dialaminya itu. Pada kaki hadapannya terdapat dua anggota badan pendek yang tergantung, tiada yang jejak tanah. Anggota berlebihan tersebut jelasnya menyebabkan kesakitan dan tekanan di kakinya yang lain.

Tidak mampu menggaru menggunakan kaki tersebut kaki tambahan itu juga mempunyai kukunya yang tersendiri.

Kucing ini dipindahkan ke Ranger’s Second Chance Rescue NYC Dogs, dimana mereka juga menerima kucing dalam organisasinya. Setibanya mereka, kucing ini perlu diperiksa oleh veterinar mereka yang berpengalaman, Dr Terry. Pakar ini dapat mengesan jika ‘kaki’ tambahan ini perlu dibuang untuk menambahbaik kualiti hidup kucing ini.

Posted by Ranger's Second Chance Rescue NYC Dogs on Tuesday, 11 December 2018

Kucing berkaki lima ini diberi nama ‘Kali Pa’.

Pada asalnya kucing ini diberi nama Kali Ma sempena dewi Hindu Durga, Kali merupakan salah satu nama dewi tersebut. Apabila menyedari kucing ini jantan, mereka menukarkan kepada Kali Pa.

Pasukan perubatan mendapati bahawa kaki tersebut tidak berfungsi dan kucing ini perlu pembedahan untuk membuang kaki tersebut. Daripada 5 kaki jadi kucing berkaki tiga sahaja. Namun pembedahan perlu ditangguh kerana Kali Pa diserang penyakit URI (Upper Respitory Infection) yang teruk.

Selama 2 minggu Kali Pa berjuang melawan penyakitnya ini dan walau apa yang berlaku Kali Pa kekal menjadi kucing yang sweet.

Pada hujung 2018, Kali Pa berubah dari kucing berkaki 5 kepada kucing berkaki 3.

Kini ia 100% sihat dan berjaya melakukan pembedahan pemotongan kaki pada 31 Disember yang lalu. Pembedahan tersebut berjaya dan Kali Pa sedang sembuh di hospital.

Jika keadaan mengikut jadual, Kali Pa akan dibuka untuk pengambilan bela dalam dua minggu lagi. Kali Pa akan pergi ke keluarga angkatnya sebelum diambil untuk pemilikan tetap.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment