Kucing Yang Dimandulkan Dan Dikasi Masih Ada Nafsu Ke?

Seringkali kita mendengar alasan pemilik kucing untuk tidak mengembiri (neuter/ spay) kucing kucing mereka kerana kasihan menyekat nafsu kucing.

Tapi kucing yang dah dikembiri ada nafsu lagi ataupun tidak? Ok sila baca penerangan di bawah dengan lebih lanjut supaya dapat membuka hati pemilik kucing yang masih enggan untuk mengembiri kucing mereka. Tapi sebelum ini ketahuilah yang kucing membiak kerana hormon bukan kerana nafsu…. Jangan samakan kucing dengan manusia ya.

Usia sewaktu dikembiri

Kebanyakan kucing akan kehilangan keinginan untuk mengawan atau berkurang sedikit selepas dikembiri. Namun tak semua kucing masih mempunyai keinginan untuk mengawan walaupun dikembiri setelah mencapai umur matang atau sudah lama matang. Ini bergantung kepada usianya apabila dikembirikan.

Sebenarnya masa untuk dikembiri merupakan faktor penting dalam perkembangan keinginan untuk mengawan walaupun setelah dikembiri. Tidak menjadi perkara pelik jika kita melihat kucing kita yang sudah dikembiri masih mempunyai tingkahlaku untuk ‘memanjat’ kucing lain tak kira kucing itu betina mahupun jantan. Tambahan pula tingkahlaku ini bukanlah dikaitkan dengan seksual ini hanyalah untuk menganggap bahawa ia lebih senior dari kucing kucing yang lain dan juga status kebanggaan. Ini lebih banyak terjadi pada kucing jantan yang dikembiri setelah mencapai umur matang.

Proses Pengawanan

Bergantung kepada keadaan pengembiriannya — usia kucing lebih khasnya — kucing anda masih boleh mempunyai keinginan untuk mengawan. Ini adalah benar kerana apabila kucing anda pernah ‘bersama’ kucing betina sebelum ini walaupun sudah dikembiri kucing anda tidak akan menukarkan kucing anda yang kasanova itu menjadi seekor kucing yang hmmm… nak cakap macam mana ya kucing yang ‘lembut’ gituuuu.

Lebih lebih lagi kucing jantan yang sudah dikembiri masih boleh mempunyai keinginan untuk mengawan cumanya ia tidak lagi boleh menyebabkan kucing betina bunting. Jadi jangan risau.

Tingkahlaku suka merayau

Salah satu tingkahlaku keinginan untuk mengawan adalah dengan merayau-rayau. Kucing jantan akan merayau untuk mencari pasangan dan jika kucing anda kucing indoor, ia akan gelisah dan mengimpikan untuk merayau. Menurut Hospital Haiwan VCA, 90% kucing yang sudah dikembiri akan masih merayau rayau mencari pasangan.

BACA JUGA:

Kebaikan mengembiri kucing

Hukum mengembiri kucing

Percayalah ya dengan mengembiri kucing bukanlah tindakan yang kej4m terhadap kucing. Kucing MM seekor ni walaupun sudah dikasi masih merayau merayau dan jangan terkejut ya siap ada gepren kau!

Golongan anti kembiri kucing ni selalu point out yang Allah dah buat kucing macam tu jadi kenapa nak mandulkan nak ubah ciptaan Allah? Ok MM nak tanya satu kalau macam tu la kan, kenapa Allah mewajibkan orang lelaki dan perempuan ini sunat? Tak ubah ciptaan Allah jugak ke tu? Ha pikior la yea sebab Allah kurniakan manusia ni akal supaya kita ni berfikir.

Sumber:
The Spruce pet
Pets The Nest

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment