Kucing Unik Scrappy Sudah Mati Dua Tahun Yang Lalu Sewaktu Usianya 19 Tahun

Kucing yang bernama Scrappy berasal dari Morley ini menjadi sensasi di internet selepas dilahirkan hitam namun mula berubah menjadi putih sedikit demi sedikit.

Perubahan warna bulu hitamnya adalah kerana Scrappy menghidap vitiligo— keadaan di mana boleh juga berlaku dalam 1% manusia namun sangat jarang berlaku pada kucing.

Disebabkan oleh kekurangan melanin, selalunya ini lah penyebab tompokan putih mula muncul pada kulit.

Semenjak dari umur Scrappy menjelang 7 tahun, bulunya mula muncul corak putih seakan akan marble.


Scrappy mempunyai pengikut lebih dari 250k di facebook dan instragram dan menjadi buah bicara tabloid nasional.
Pemiliknya, David platt selalu berkata dia berasal dari Yorkshire namun dia tidak mendedahkan lokasi sebenarnya kerana khuatiri ada yang ingin mencuri Scrappy setelah ia menjadi fenomena dunia online.

Status dikeluarkan pada pagi 3 April 2017 yang mengatakan Scrappy sudah pergi buat selama lamanya dan seluruh ahli keluarga sangat patah hati.

David dari Denham Avenue di Morley berkata: “Keadaan Scrappy berubah ubah selama berminggu minggu jadi kami sudah mengagakkan hal ini akan terjadi selepas berbincang bersama veterinar kami menyedari bahawa masa Scrappy untuk pergi sudah tiba.”

“Semua orang terpesona kepada keunikan Scrappy, ramai yang kata Scrappy satu dalam sejuta.”

“Teman saya mengepos gambar Scrappy di internet dan itulah titik bermulanya Scrappy menjadi terkenal.”

“Individu yang terserempak dengan Scrappy pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar.”

“Kami mempunyai dua ekor kucing lagi namun pada usia 19 tahun, Scrappy lah yang paling hidup lama berbanding kucing saya yang lain.”

David 48, membawa Scrappy pada 1997 semasa ia masih anak kucing berwarna hitam keseluruhannya.

Namun pada usianya 7 tahun Scrappy berjuang untuk kesihatannya semenjak bulunya mula berubah warna dan pada mulanya mereka beranggapan yang Scrappy diserang strok.

Stesyen TV dan surat khabar seluruh dunia berminat mengenai keadaan Scrappy yang unik ini mereka sangat memerlukan untuk berbicara bersama David.

Scrappy juga menjadi wajah bahagian haiwan peliharaan Amazon- portal beli belah- disamping itu pusat penyelidikan vitiligo di Florida sangat berminat untuk bertemu Scrappy supaya dapat mempelajari sesuatu dari kondisi Scrappy.

Scrappy kini sudah rehat buat selama-lamanya di kebun David.

Perasan tak kucing kucing yang mat saleh bela semuanya umur panjang.

Kini ada kucing yang mengalami keadaan sama macam Scrappy bernama Elli.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment