Kucing Tua Yang Sepanjang Hidupnya Berada Di Jalanan Kini Membantu Menjaga Anak Kucing Yang Memerlukan

Kucing yang selama ini hidup di jalanan, menemui kediaman yang ia inginkan dan mula membantu anak kucing lain yang memerlukan.

Runt si kucing belang diselamatkan dari jalanan dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Ia dibawa ke Lake County Animal Shelter di Tavares, Florida selepas hidup hampir keseluruhan usianya di jalanan.

Keadaan kucing tua ini sangat menyedihkan dengan kekurangan berat, mempunyai luka terbuka dan jangkitan pernafasan yang teruk.

Selepas beberapa minggu di klinik, Runt sudah cukup sihat untuk pindah ke rumah penjagaan sementara. Ketika inilah Emily Blythe sukarelawan pusat perlindungan itu membantu dan membawa Runt pulang ke rumah bersamanya.

“Cepat sahaja Runt menyesuaikan diri bersama kucing-kucing tua yang lain. Dengan hanya satu malam personaliti Runt berkembang.”

Runt akhirnya bebas dari kesakitan dan ketidkselesaan dan mula bersinar. Ia mula rasa gembira akhirnya ia mempunyai rumah untuk berehat, rasa selamat dan bermain dengan rakan kucing yang lain.

Selepas beberapa minggu dalam penjagaan sementara, Emily tidak sanggup berpisah dengan Runt akhirnya dia mengambil keputusan untuk membela Runt.

“Runt positif FIV namun itu tidak memperlahankannya. Veterinar menganggarkan ia berusia 14 tahun. Runt adalah kucing yang mudah menyesuaikan diri.”

Beberapa hari kemudian Emily membawa pulang anak kucing jagaan sementara yang lain, dan dengan cepat Runt menerima anak kucing itu.

Runt menjadi ayah kepada anak-anak kucing yatim piatu ini dan berikan mereka kasih sayang yang mereka perlukan untuk berkembang maju.

Semasa hujung April yang lalu, Dolly seekor anak kucing tuxedo ditemui di dalam enjin trak dan dibawa ke pusat perlindungan. Ia diletakkan bersama anak kucing lain yang diselamatkan iaitu Reece yang ditemui di dalam bangsal. Dolly sangat pemalu namun semuanya berubah apabila ia bertemu Runt.

Runt cepat-cepat pergi ke arah Dolly dan terus mengambil peranan sebagai ibu bapa barunya serta mula merapikan anak kucing tersebut. Anak kucing tuxedo yang pemalu itu mula tenang.

“Runt seperti ayah tumpangan kepada anak-anak kucing jagaan sementara yang datang ke rumah kami.”

Walaupun sepanjang hayatnya tinggal di jalanan Runt berterusan menunjukkan kasih sayang kepada semua yang mendekatinya. Lebih-lebih lagi anak kucing yang memerlukan.

Runt seperti memberikan mereka kasih sayang yang sama ia terima sewaktu diselamatkan dahulu.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment