Kucing Tua Yang Kehilangan Tuan Ini Tidak Pernah Berenggang Dengn Patungnya

“Tidak pernah lagi kami melihat seekor kucing yang sangat terikat dengan patungnya.”

Seekor kucing berusia 17 tahun yang bernama Hoomie sudah melihat banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini namun satu perkara yang kekal sama iaitu patung kucing berwarna putih dan kelabu sentiasa di sisi Hoonie.

Malangnya, pemilik Hoonie meningg4l dunia baru-baru ini dan meninggalkan Hoonie tidak berumah. Anak perempuan pemiliknya membawa Hoonie pulang bersama namun dia dan anaknya alergi kepada kucing jadi mereka tidak mampu untuk membelanya. Jadi Hoonie dan patungnya pergi ke pusat perlindungan kucing Alley Cat Rescue di Maryland.


Hoonie baik baik sahaja namun ia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di pusat perlindungan ini. Patung kucingnya merupakan satu benda yang memberinya keselesaan.

“Kami tak pernah lihat seekor kucing yang sangat terikat dengan patungnya,” kata Briana Grant jurucakap bagi Alley Cat Rescue. “Patung tersebut merupakan sistem sokongannya.”

Hoonie banyak meluangkan masanya dengan patung kucingnya itu. Ia tidur bersama, bermain bersama malah memeluk patung tersebut.

 “Patung tersebut merupakan temannya yang paling lama,” kata Grant. “Dia (anak pemilik Hoonie) menghantar kami gambar Hoonie bermain main bersama patung tersebut dan saya rasa ia gembira bersama patung tersebut dan kelihatan sangat terikat kepadanya. Ia duduk di dalam sangkar pun ia sentiasa memeluk patung tersebut.”

Disamping itu, staf akan lakukan segala kemampuan mereka untuk membantu Hoonie menyesuaikan diri dengan kehidupan di pusat perlindungan dan mereka mahukan ia mendapat rumah yang baru lebih-lebih lagi ia merupakan seekor kucing yang sangat sukakan perhatian manusia.

 “Hoonie kucing yang sangat lantang bersuara,” kata Grant. “Ia sangat sweet. Apabila ia kesunyian, ia akan beritahu anda. Dari jauh anda boleh dengar bunyinya. Namun apabila anda pergi dan duduk bersamanya ia akan diam dan ia kelihatan tenang apabila ada manusia di sisinya.”

Tahap kesihatan Hoonie sangat baik jadi Grant harap umurnya yang lanjut tidak menjauhkan pengadopsi yang berpotensi.

“Hoonie merupakan kucing tua yang sudah berada di tingkat terakhir hidupnya, jadi saya rasa orang susah nak mengadopsi kucing tua dan melahirkan ikatan hanya untuk kucing itu ‘pergi’ (m4ti),” kata Grant. “Namun saya pasti sesiapa sahaja yang mengadopsinya akan mendapat beberapa tahun yang hebat bersama Hoonie. Ia kucing yang sangat baik.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment