Kucing Tua Ini Dibuang Dari Rumah Berjalan Sehingga Kakinya Tidak Mampu Lagi Untuk Bergerak

Ada kucing yang sudah lama diabaikan sebelum akhirnya dibuang ke jalanan.

Menurut post dari Animal Advocates Rescue Society, pemilik Ozzie sudah lama abaikannya sewaktu Ozzie masih ada bumbung untuk ia rehat dan tidur.

Walaupun Ozzie ini bertuan, kucing ini tersangatlah terabai dengan hanya tinggal kulit, kurus sangat sehingga nampak tulang, gigi reput dan semestinya patah hati.

Ia seperti kucing yang tidak bertuan yang terabai di jalanan. Sehinggalah tuannya mengambil keputusan untuk membuangnya….

Akhirnya kucing yang berusia 15 tahun ini ditinggalkan di jalanan Vancouver Utara, British Columbia untuk menjaga dirinya sendiri.

Bulu Ozzie sangat teruk, ia sangat sakit sehingga setiap langkah yang diambil penuh kesakitan. Jadi ia hanya mengerekot di bawah anjung. Di situlah para penyelamat menemuinya.

“Kakinya sangat kejang sehingga nak berjalan pun sakit pada Ozzie yang malang ini,” tulis pasukan ini di dalam nota yang dipost di dalam group facebook. “Tiada siapa pun tahu selama mana kucing tua ini sudah berjalan dan akhirnya ia duduk sahaja di anjung tersebut.”

“Kami baru tahu yang Ozzie hanya hilang beberapa hari sahaja, ini bermakna keadaan Ozzie sudah lama begini sejak dalam penjagaan tuannya lagi,” tambah pasukan tersebut. “Tuannya langsung tidak peduli untuk mencarinya.”

Kemudian ini mungkin kali pertama Ozzie menerima sebarang rawatan dalam hidupnya…

Organisasi ini kemudiannya membawa Ozzie ke veterinar di mana ia menjalani pelbagai ujian. Bulu-bulu serabut Ozzie dicukur dan ia menerima banyak rawatan pergigian.

Rawatan terakhir dan yang paling penting adalah rawatan untuk hati Ozzie yang patah berkecai dan retak itu. Seorang wanita hadir menawarkan dirinya untuk menjaga Ozzie buat sementara dan tidak lama untuk hati Ozzie yang terluka itu terubat dengan kasih sayang.

“Ozzie ikut saya ke mana sahaja saya pergi dan berbunyi setiap masa seperti ada sesuatu yang ia ingin borakkan,” kata ibu jagaannya kepada Animal Advocacy Rescue Society. “Ozzie akan selalu duduk bersama saya di sofa dan sangat sukakan selimut.

“Jika saya berhenti membelainya, ia akan sentuh pipi saya dengan kakinya tanpa sebarang kuku dikeluarkan. Ozzie kucing yang sangat sweet!”

Sebenarnya Ozzie membuktikan dirinya sangat sweet untuk dibiarkan sendiri lagi jadi keluarga jagaan sementaranya akhirnya menjadi keluarga tetap. Walaupun mengambil masa 15 tahun, akhirnya Ozzie menerima kasih sayang yang lama ia dambakan!

Kini dua tahun sudah berlalu, Ozzie yang kini berusia 17 tahun masih bahagia bersama keluarganya yang sayangkannya sepenuh hati mereka.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment