Kucing Tidur Terlentang? Ini Sebabnya

Sememangnya apa sahaja yang dilakukan oleh kucing pada mata si pencinta kucing sangat menyeronokkan.

Lebih-lebih lagi apabila kucing tidur terlentang sambil menunjukkan perut buncit masing-masing.

Perut adalah kawasan sensitif bagi kucing. Apabila kucing mendedahkan perut mereka, mereka seakan-akan mendedahkan diri mereka untuk diserang.

Jadi kenapa ada sesetengah kucing yang suka tidur terlentang?

Berikut merupakan 10 teori kenapa kucing suka tidur terlentang:

1. Selesa

Apabila kucing mendedahkan diri mereka ke dalam posisi yang senang untuk diserang, ini bermakna kucing tersebut sebenarnya selesa dengan persekitaran mereka.

2. Selamat

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, posisi mendedahkan perut sebenarnya merupakan satu kelemahan bagi kucing. Jadi apabila kucing tidur terlentang ini bermakna kucing rasa selamat.

3. Percayakan anda

Oleh kerana kucing tidur terlentang apabila mereka rasa selamat dan selesa, jadi apabila kucing tidur seperti itu di hadapan anda jadi bermakna kucing anda percayakan anda.

4. Cari perhatian

Ada kalanya kucing tidur terlentang untuk menarik perhatian kita.

5. Saja nak suruh usap dan belai perut tu

Lagi sekali, siapa yang tahan tengok perut buncit tu ditayang-tayang berserta pakej golek-golek sekali? Sudah tentu kita sebagai pencinta kucing akan pergi ke arah kucing tersebut untuk mengusap-usap perut gebu tu. Kannnnnn….

6. Tabiat dari kecil

Anak kucing perlukan ibu mereka untuk membersihkan bahan buangan mereka jadi dengan posisi terlentang memudahkan kerja ibu kucing. Tabiat ini kadang kala membawa sehingga kucing sudah pun besar.

7. Saja nak suruh grooming

Kadang kala kucing sengaja baring secara terlentang untuk menyuruh kita memberus bulu di bahagian perut mereka.

8. Anggap anda seperti ibu mereka

Oleh kerana anak kucing sering tidur terlentang apabila berada bersama ibu kucing, jadi apabila kucing anda tidur terlentang berdekatan anda, jadi kucing anda sebenarnya menganggap anda adalah ibu mereka. Awwww sweetnya.

9. Mungkin baik untuk kesihatan kucing

Kalau manusia tidur terlentang banyak kebaikannya mungkin sama juga kucing.

10. Hangatkan perut

Kucing yang tidur terlentang di kawasan panas mungkin ingin menghangatkan perut mereka disamping menyerap vitamin D dari cahaya matahari kot hehe..

Ha walaupun ini sekadar teori secara amnya tiada masalah untuk kucing tidur terlentang dan tiada masalah juga sekiranya kucing anda tidak tidur terlentang. Setiap kucing berbeza personaliti mereka.. tak gitu?

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment