Kucing Tidak Mahu Minum Air? Ni Sebabnya

Kucing sama uniknya macam manusia sebenarnya.

Kucing ada juga yang mereka suka dan tidak suka yang semestinya membuatkan pemilik kucing kadang kala pening dengan perangai mereka.

Contohnya apabila kucing anda enggan minum dari mangkuk walaupun anda sering isi dengan air yang segar setiap hari. Tapi bila ada gelas yang dipenuhi air, kucing anda minum pula dari situ. Minum air pula macam tidak pernah jumpa air sebelum ini.

Ada sebab ke disebalik perangai pelik ini? Berikut merupakan beberapa sebab kenapa kucing anda enggan minum air di tempat yang disediakan:

1. Ini semua mengenai persepsi

Kucing sebenarnya mempunyai jarak persepsi yang sedikit lemah. Kucing mempunyai titik buta betul-betul berhadapan hidung mereka. Ini membuatkan kucing sukar untuk melihat di mana paras air di dalam mangkuk. Inilah sebabnya ada kucing yang mencelup kaki mereka dalam air untuk menguji paras air tersebut.

Jika kucing anda lebih suka minum dari air paip yang mengalir, ini mungkin kerana mereka boleh mendengar aliran air dengan lebih baik berbanding melihat paras air di dalam mangkuk.

2. Mangkuk tu tak sesuai

Bagi kucing yang cerewet, mereka tidak akan minum dari mangkuk yang tidak mencapai piawaian mereka. Gituuu… Mangkuk apa yang sesuai bergantung kepada kucing anda. Terpaksalah anda try and error mangkuk yang ada di pasaran.

Kebanyakan kucing lebih suka mangkuk yang luas dan tidak terlalu dalam sehingga mengganggu misai mereka yang sensitif itu.

3. Lokasi mangkuk air itu yang penting

Kebanyakan dari kita memang akan meletakkan mangkuk makanan bersebelahan dengan mangkuk air bukan? Perletakan ini sebenarnya melanggar naluri semulajadi kucing yang sememangnya suka lokasi makanan dan air yang berbeza.

Jika anda sering perasan mangkuk makanan kucing anda terlalu dekat dengan mangkuk airnya, dan makanan kucing sering masuk ke dalam mangkuk air, pindah sahaja mangkuk airnya ke tempat lain. Simple as that guys

4. Rasa tak selamat

Perkara ini menjadi kebiasaan bagi pemilik kucing yang memiliki banyak ekor kucing. Apabila kucing menunduk untuk minum, mereka sebenarnya berada di dalam posisi yang sangat terancam. Bagi kucing yang lebih gelisah, dan rumah anda mempunyai lebih dari dua ekor kucing, inilah sebabnya kucing anda tidak mahu minum air. Cuba pindah mangkuk air ke lokasi yang lebih selamat. Bukan di penjuru atau berhadapan dinding.

5. Rasa tu yang penting

Air dalam mangkuk kucing anda mungkin rasa berbeza mengikut bahan mangkuk tersebut atau punca air itu sendiri. Sama jelah manusia yang cerewet yang tak suka minum dari cawan plastik atau seramik, kucing anda pula mungkin lebih suka air dari mangkuk seramik atau besi tahan karat.

Ada sesetengah air paip dirawat dengan fluoride yang mungkin rasanya tidak disenangi oleh kucing anda. Cuba berikan air yang dimasak, air mineral atau air yang ditapis untuk melihat mana satu yang kucing anda gemar.

Ada kucing yang cerewet bab minum air? Apa solusi yang anda ambil? Jom kongsikan di ruangan komen.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment