Kucing Terpaksa Drip Kerana Keletihan Yang Melampau Setelah Mengawan Bersama 5 Ekor Kucing Betina Semalaman

Kucing baka Russian Blue di China bernama Xiaopi, ditangkap mengawan bersama sekurang-kurangnya lima ekor kucing betina dalam satu malam setelah ia ditinggalkan di hotel kucing oleh pemiliknya.

Xiaopi sangat keletihan dan terpaksa di drip glukosa…

Pemilik Xiaopi, Mr Zhao tidak menyalahkan kucingnya kerana kejadian ini malah dia mempersoalkan staf hotel kucing tersebut kerana membiarkan kucingnya merayau bebas di hotel lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana kucing aktif pada waktu tersebut.

Menurut Mr. Zhao seperti yang dipetik dari LADBible,

“Antara pukul 10.40pm dan 5am kucing saya mengawan dengan 5 ekor kucing betina! Dan itu yang saya dapat lihat pada CCTV. Hotel kucing tu berani nak marahkan saya, kata ada beberapa pemilik kucing betina tersebut tidak bersedia untuk menerima anak kucing. Jadi mereka mahukan saya menjelaskan situasi kepada kesemua pemilik kucing. Kucing saya kini kepenatan yang teramat sangat dan di drip glukosa– dan ini salah saya?”

Akhirnya hotel kucing tersebut meminta maaf kepadanya, malah menawarkan untuk membayar kos drip serta memberikan pampasan kepada pemilik kucing yang lain sekiranya kucing mereka bunting.

Kalau mandulkan kucing tu dah takde masalah dah…

Suka dengan kucing? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment