Kucing Terkenal Grumpy Cat, KINI Sudah LAGI TIADA Ketika Usi4nya 7 Tahun

Sensasi instagram Grumpy Cat sudah pun mati, dan sudah didedahkan oleh pemiliknya.

View this post on Instagram

Some days are grumpier than others…

A post shared by Grumpy Cat (@realgrumpycat) on

Dalam kenyataan yang dikongsi dalam media sosial, pemiliknya Tabatha Bundesen dan abangnya Bryan mendedahkan yang walaupun penjagaan dari pakar perubatan dan profesional, Grumpy Cat menghadapi komplikasi dari jangkitan saluran urinari yang “sudah sukar lagi untuk diatasi”.

Kucing yang terkenal itu, berusia 7 tahun mati pada hari khamis yang lalu 14 Mei di rumah di pangkuan mummynya.

Grumpy Cat yang mempunyai 2.4 juta pengikut di instagram sejak dari tahun 2012. Oleh kerana rupanya yang pemarah itulah menyebabkan kepopularitinya semakin meningkat.

Pada mulanya dinamakan Tardar Sauce, Grumpy dikatakan bernilai sekurang-kurangnya $1 juta dan menjadi subjek kepada berjuta-juta meme dan barang dagangan. Salah satu dari rakan kongsinua adalah kopi ais yang bernama Grunppucino dan perjanjian modeling untuk makanan kucing Friskies.

Grumpy juga pernah membuat penampilan di Broadway serta membintangi filem dan ‘menulis’ empat buah buku best-selling.

Peminat yang patah hati membanjiri di pos instagram dan twitter untuk berkongsikan ucapan takziah mereka.

Salah seorangnya menulis:

“Ini sangat menyedihkan tapi terima kasih kerana memberikan kegembiraan kepada ramai manusia di serata dunia. Grumpy adalah kucing yang sangat cantik dan saya bersyukur kerana mengenalinya.”

Seorang lagi menambah:

“Keperengusannya akan hidup melalui kita semua, semuanya dari merch kepadalah meme yang mulakan kepopulariti Grumpy. Ia kucing kecil yang istimewa dan mempunyai rumah yang cantik untuk ia diami. Rest in peace, si perengus yang kecil manis.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment