Buasir adalah keadaan di mana urat di dalam atau berdekatan rektum dan dubur menjadi bengkak dan keradangan. Kucing tidak mengalami buasir seperti manusia namun kucing juga boleh mengalami keadaan yang sama di kawasan rektum yang dianggap juga sebagai buasir.
Oleh kerana kucing tidak dapat bersuara apabila ia berada di dalam kesakitan namun tingkahlaku dan aksinya yang lain dari kebiasaan mungkin dapat memberi anda klu yang ada sesuatu yang tidak kena.
Keadaan sama seperti buasir
Terdapat pelbagai kondisi pada kucing yang memberikan gejala sama iaitu kepedihan, kegatalan sama seperti buasir manusia. Gejala ini termasuklah proctitis, rektum dan anal terkeluar dan infeksi pada kantung anal, nanah. Gejala dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kucing anda mungkin sama seperti kondisi dibatas dan keadaan ini memerlukan perhatian perubatan dari veterinar anda.
Menunjukkan sesuatu yang tidak kena
Proctitis, rektum terkeluar dan infeksi pada kantung anal boleh menyebabkan kepedihan dan ketidakselesa di kawasan rektum. Anda mungkin menyedari kucing anda menyeret punggungnya di atas lantai kerana gatal. Aktiviti pembuangan najis juga menjadi sakit dan anda mungkin dapat melihat kucing anda mengerang kesakitan. Kucing anda juga mungkin merapikan dirinya dengan lebih kerap lebih lebih lagi pada kawasan anus.
Gejala rektum dan anal terkeluar
Dengan rektum dan anal yang terkeluar, tisu termasuklah lapisan luar rektum terkeluar melalui pembukaan anal. Dalam kes yang kritikal, ada sebahagian usus juga boleh terkeluar. Sebelum keadaan ini berlaku anda boleh perasan kucing anda mengalami kesukaran untuk membuang najis. Jika anda menyedari ada tisu terkeluar dari lubang analnya, cepat cepat bawa ke veterinar berdekatan.
Kondisi dan gejala pada kantung anal
Kantung anal adalah dua kelenjar bau yang berada berhampiran dengan lubang anus. Apabila kucing membuang najis, tekanan di kantung tersebut akan melepaskan cecair yang membantu kucing menanda kawasannya.
Malangnya, kantung ini boleh tersumbat dan menyebabkan cecair tersebut terkumpul dan akhirnya terjadi infeksi. Selain daripada jilatan yang berlebihan di kawasan anal, tanda tanda karung anal dijangkiti kuman adalah munculnya bengkak dan nanah atau kemerahan di kawasan rektum dan darah atau nanah keluar di kawasan sekitar rektum. Jika nanah mula terbentuk, kucing anda mungkin mengalami demam. Segera ke veterinar jika kucing anda mula mengalami gejala tersebut.