Kucing Pun Boleh Cemburu ke?

Sama seperti manusia kucing juga mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza. Salah satunya adalah cemburu.

In fact kucing chuols menunjukkan sedikit keagresifan, bersaing atau keinginan hierarki dalam usaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Samada inginkan permainan kegemaraan atau belaian yang lebih. Tahukah anda, kucing adalah haiwan yang sangat tersangat cemburu.

Kucing MM yang sekor tu memang jeles tahap gaban! Tak boleh layan kucing lain lebih-lebih nanti merajuk keluar rumah malam baru balik.

Kenapa kucing boleh cemburu?

Sama juga macam manusia, kucing boleh cemburu sekiranya anda meluangkan masa dan perhatian yang lebih kepada objek, individu mahupun kucing anda yang lain. Kucing yang cemburu selalunya mengdambakan perhatian dan tahap clingy tu melampau-lampau.

Proses sosialisasi semasa kecil boleh menjuruskan seekor kucing itu menjadi terlampau bergantung atau terikat kepada anda. Perubahan yang tiba-tiba dalam rutin harian, atau ahli keluarga yang baru boleh menyebabkan kecemburuan pada kucing. Kurangnya ruang peribadi, tempat tidur atau kepunyaan yang lain juga boleh menjuruskan tingkahlaku cemburu jika kucing terasa terancam dengan haiwan peliharaan yang lain.

Contoh kebiasaan punca kucing boleh cemburu termasuklah, kehadiran bayi baru, perubahan jadual makan kucing atau peningkatan perhatian anda pada telefon bimbit, permainan video atau pasangan anda. Apabila dulu anda selalu menghabiskan masa bermain dengan kucing anda dan tiba-tiba anda berubah secara dramatiknya, tingkahlaku cemburu ini mungkin tercetus!

Tanda-tanda kucing cemburu

Tingkahlaku cemburu yang tipikal termasuklah bunyi hiss, menderam atau memukul objek yang mereka cemburukan itu. Seperti contoh telefon bimbit semasa anda sedang memegangnya, adalah tanda-tanda yang sangat biasa. Kucing yang cemburu mungkin menceroboh ruang peribadi anda ketika anda memegang bayi baru atau konsol permainan video atau cuba untuk duduk di riba anda ketika anda berada bersama pasangan anda.

Kucing yang cemburu juga boleh jadi lebih agresif dan mula mencakar, menggigit atau lebih teruk kencing di luar kotak pasir untuk menunjukkan jiwa yang sedang memberontak itu. Penanda urin adalah salah satu tingkahlaku yang sangat bermasalah dan frust boleh kucing lakukan.

Bukan hanya ia merupakan sesuatu yang tidak kena dengan kucing anda, ia juga susah untuk dibersihkan dan menghilangkan baunya.

Kucing juga mungkin menunjukkan kecemburuannya melalui kemusnahan yang ia boleh lakukan. Termasuklah mengunyah, menggigit dan mencakar-cakar perabot, langsir dan item yang lain. Item-item yang berada di countertop atau meja seperti perhiasan-perhiasan kucing anda akan sengaja menjatuhkannya.

Cara untuk memberhentikan tingkahlaku cemburu ini

Cemburu pada kucing boleh jadi sukar untuk ditangani, namun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan atau mengurangkan tingkahlaku ini.

Perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah apakah yang mencetuskan tingkahlaku ini.

Ada seseorang yang baru pindah masuk rumah anda ke?

Anda ada bawa pulang kucing baru atau baru mendapat bayi?

Adakah anda lebih menghabiskan masa melakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini seperti bermain permainan video, tengok telefon bimbit, lakukan kerja rumah atau lebih memberi perhatian kepada pasangan anda?

Jika anda tahu puncanya anda boleh ketahui masalah kucing anda.

Cara yang paling mudah untuk mengurangkan cemburu pada kucing adalah dengan menghabiskan lebih masa dengannya. Dapatkan permainan interaktif seperti kayu bulu pelepah atau pemancar laser yang membolehkan anda bermain bersama kucing anda.

Jika anda tidak mampu mengelak dari imdividu atau haiwan peliharaan yang lain serta objek yang kucing anda cemburukan itu, anda boleh membantu kucing anda menyesuaikan dengan perubahan tersebut. Memberi ganjaran kepada kucing anda dengan memberinya treats, memuji, memberi perhatian dan membelai kucing anda apabila mereka berdekatan dengan sesuatu yang mereka cemburu itu dan cuba galakkan kucing anda untuk join perubahan tersebut. Contohnya lah, memegang bayi anda sambil membelai kucing atau bermain dengan kucing anda bersama-sama pasangan anda, atau sentiasa berinteraksi dengan kucing anda semasa mereka makan. Elakkan penggunaan auto-feeding ok.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment