Kucing ‘on heat’? Apa sebenarnya yang berlaku?

Apa yang dimaksudkan dengan kucing tengah ‘on heat’? Apa tanda tandanya dan berapa lama tempohnya?

Ini yang anda perlu tahu mengenai kucing tengah on heat ini atau dalam bahasa mudahnya kucing tengah gatal nak mengawan hehe.

Simptom kucing yang tengah on heat boleh mencabar kesabaran sesetengah pemilik kucing ini lah sebabnya para veterinar rekemen supaya kucing betina dim4ndulkan sebelum ia capai kitaran on heat yang pertama. Kucing yang tengah on heat ini sudah mencapai tahap kitaran reproduksi  kucing yang dikaraktertistik dengan penerimaan kepada kucing jantan dan untuk mengawan. Tahap ini juga dikenali sebagai estrous. Di dalam dunia kucing, kucing betina yang tidak dim4ndulkan dipanggil ‘queens’.

Apa itu estrous kucing? Bila kucing akan mengalami on heat yang pertama?

Estrus kucing bermula sejurus selepas haiwan mencapai kematangan seksu4l, selalunya apabila mereka mencapai usia 6 bulan. Walaubagaimanapun ada juga kucing yang akan on heat seawal usia 4 bulan dan ada juga yang lewat semasa 10 ke 12 bulan.

Kucing dianggap sebagai haiwan polyestrous yang bermaksud mereka mempunyai beberapa kitaran on heat dalam setahun. Ini bermakna pembiakan kucing boleh melahirkan anak kucing bila bila masa dalam setahun walaupun musim bunga selalu dikatakan sebagai musim mengawan kucing.

Tanda tanda kucing mengalami estrous

Jika anda tidak pernah atau tidak berpengalaman dalam melihat kucing tengah on heat, anda mungkin ingin tahu yang sesuatu sedang berlaku kepada kucing anda— tingkahlaku kucing anda untuk mengambil perhatian kucing jantan yang berpotensi tidak ragu ragu lagi kucing anda akan mengambil perhatian anda juga. Tanda tanda kucing mengalami estrus atau on heat ini seperti:

  1. Kucing anda tiba tiba jadi terlebih penyayang, sentiasa menggesel kepada anda, kucing lain dan juga perabot di dalam rumah.
  2. Apabila anda membelai kucing anda, tiba tiba ia membuat posisi untuk mengawan seperti kepala menunduk dan pinggulnya menonggek.
  3. Kucing anda akan berbunyi setiap masa dan bunyi itu sangat kuat kerana untuk mengambil perhatian kucing jantan yang ada di kawasan tersebut.
  4. Kucing anda akan memancut untuk menanda kawasan dalam usaha mengumpan kucing jantan.
  5. Kucing anda kelihatan gelisah ke sana ke mari dan berguling guling atas lantai.
  6. Kucing yang tengah on heat akan kehilangan selera makan sepenuhnya.
  7. Dalam sesetengah kes, kucing yang tengah on heat akan sentiasa menjilat kemalu4nnya yang akan membengkak. Anda juga akan perasaan sedikit dar4h akan keluar.
  8. Kucing anda mungkin berusaha untuk keluar dari rumah untuk mencari pasangan.

Bagaimana cara untuk mengendalikan kucing yang sedang on heat ini?

Jika anda tidak mahu anak kucing, kekalkan kucing anda di dalam rumah. Jika kucing anda keluar rumah, lebih tinggi risiko untuk mereka  menerima penyakit yang berjangkit seperti leukimia kucing dari mana mana kucing jantan yang sakit.

Perlu diingatkan bahawa penternak kucing yang bertanggungjawab mereka berhati hati dalam memilih kucing jantan yang akan dibiakkan dengan kucing betina mereka, bukan hanya untuk mendapat anak anak kucing yang berkualiti namun untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit.

Berapa lama tempoh kucing on heat?

Jadi berapa lama kucing on heat? Tipikalnya tempoh estrous akan berlaku dalam seminggu dan 10 hari. Walaubagaimanapun jika kucing anda tidak mengawan dan bunting, ia akan mengalami estrous semula dalam tiga minggu selepas itu. Sesetengah kucing yang tidak dibenarkan mengawan mungkin kelihatan lebih atau kurang kekerapan on heat.

Bagaimana cara untuk elakkan kucing mengalami estrous?

Satu satunya cara untuk mengelakkan kucing anda mengulangi kitaran on heat ini adalah dengan memandulkan kucing betina anda. Mitos sahaja yang katakan kucing betina ini perlu mengawan sekali baru boleh dimandulkan. Pemandulan awal sangat digalakkan dan perkara yang sangat etika untuk dilakukan oleh pemilik kucing yang ada di dunia ini kerana wujudnya kucing kucing terbiar di jalanan yang akhirnya disuntik m4ti sahaja. Sangat tidak bertanggungjawab jika membiak anak kucing apabila banyak lagi anak kucing yang ada di jalanan yang tidak mempunyai rumah.

Pemandulan atau spaying dianggap sebagai pembedahan major kerana ia melibatkan pembukaan abdomen untuk membuang ovari dan uterus, walaubagaimana pun pembedahan ini sangat selamat apabila dijalankan oleh veterinar yang sah. Walaupun selamat untuk jalankan spaying pada bila bila masa pun, kebanyakan veterinar akan menangguh untuk spaying kucing yang tengah on heat kerana saluran dar4h sedang membengkak di dalam organ reproduksi dan boleh meningkatkan risiko pendar4han.

BACA JUGA: Pengawanan kucing dan memahami prosesnya

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment