Kucing MERAJUK? Ha Pujuk Balik Dengan Ikuti Tips-Tips ini….

Ha miaowers jangan tidak tahu kucing pun pandai merajuk howkeyyy.

Hanya orang yang bela kucing je tahu macam mana kucing merajuk. Jadi chuols yang baru nak bela kucing tu kalau rasa-rasa lost tak tahu nak pujuk kucing merajuk tu macam mana bolehlah sambung baca artikel ini.

Kucing MM sekor tu kalau hari mesin rumput kat laman rumah MM, bila rumput semua setel kena mesin comfirm merajuk. Keluar rumah taknak balik-balik. Malam baru balik. Haha macam-macam kan pe’el kucing ini… (update: dah takde dah kucing min tu ??)

Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullullah yang sangat comel dan unik. Haiwan ini akan merajuk sekiranya anda meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau terlupa nak beri makan. Mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

1. Blanjer makanan best-best

Cara ini adalah cara yang selalu kita boleh guna kerana ianya mudah. Sebut sahaja bab makan, makhluk mana yang tidak suka? Kita manusia pun kalah dengan makanan, apatah lagi kucing. Jika kucing kita masih merajuk, kita boleh variasikan menu seperti memberi kucing kita makanan basah seperti ikan atau kering seperti biskut.

2. Kenali punca kucing merajuk

Ada di antara kita mungkin terlupa memberi makan atau meninggalkannya dalam satu tempoh yang lama. Ada juga kes apabila kita terpijak ekornya menyebabkan kucing kita merajuk dan memberontak. Ketahuilah puncanya dan beri perhatian kepadanya. Pujuknya sambil bawa ke tempat kegemarannya di dalam rumah. Macam MM cerita tadi kucing MM merajuk kalau rumput kat laman rumah kena mesin… Haha

3. Pastikan masa sesuai untuk pujuk

Sama seperti manusia, adakalanya kita perlukan masa untuk menyendiri. Jangan paksa atau mengejar mereka kerana masa yang akan melenturkan ‘ego’ haiwan kesayangan kita ini. Apabila mereka tenang, barulah dekati mereka dan pujuk.

4. Jangan gopoh ketika memujuk

Kucing adalah haiwan lembut dan manja jika anda pandai mengambil hatinya. Segala paksaan akan membuat hati kucing anda memberontak dan sukar dipujuk. Tenang dan chill adalah kata kunci kepada situasi ini untuk mengembalikan kepercayaannya kepada anda.

5. Kepala dan leher kawasan belai yang paling berkesan!

Jadi bila mereka meraju ambillah kucing anda dan belai lah dia. Tempat yang kucing ni suka di belai adalah kepala dan leher. Usaplah mereka dengan penuh kasih sayang. Comfirm cair lah kucing hilang rajuknya tuuuu….

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment