Kucing Menjadi Hero Kerana Menemui Bayi Yang Masih Bertali Pusat Berdekatan Kawasan Pembakaran Sampah Di Kelantan

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di kawasan berumput berhampiran kawasan pembakaran sampah penduduk tempatan, lapor Harian Metro.


Kejadian ini berlaku pada 22 Julai yang lalu berhampiran Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut saksi, Mohd Norazam Che Wahab (31 tahun) dia mula menyedari kehadiran bayi malang tersebut apabila dia sedang membawa kucingnya berjalan-jalan.

“Tiba-tiba kucing saya mula berlari dan saya mengejar risau jika kucing saya hilang,” kata Mohd Norazam.

“Walaubagaimana pun kucing saya berhenti di satu tempat dan ketika itulah saya mendengar bunyi tangisan bayi. Saya ingatkan bunyi anak kucing namun apabila saya mendekati lokasi bunyi tersebut, saya lihat ada seorang bayi yang baru dilahirkan,” tambahnya.

Mohd Norazam berkata salah seorang jiran melihat ada kereta berhenti berhampiran kawasan di mana bayi ini ditemui.

Jirannya itu tidak syak apa-apalah sehinggalah bayi ini dijumpai. Menurut Utusan Online, bayi tersebut sudah pun dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan selanjutnya.

Pihak polis kini terlibat dalam siasatan kes ini dan ketua polis daerah Kota Bharu, Assistan Kommissioner Abdul Rahim Daud mengesahkan yang siasatan lanjut masih berjalan.

Diharapkan bayi perempuan ini dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja. Jika tidak ditemui oleh hero kucing ini, tak tahu la apa nasib bayi malang ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment