Kucing Liar Dengan Pita Pelekat Dilehernya Diselamatkan Oleh Pasangan Yang Bertimbang Rasa

Pasangan ini telah meletakkan perangkap untuk menangkap kucing liar yang tinggal di jalanan di California, kerana mereka melihat sesuatu yang aneh pada lehernya. Walaupun ia bukan satu tugas yang mudah, mereka nekad untuk menangkapnya.

Kinberly Saxelby dan Chris Gattas meletakkan perangkap tersebut 2 kaki jauh dari kucing liar tersebut. Perangkap tersebut berada di bawah keret selama satu jam.

Mereka merasakan yang kucing liar itu tidak akan masuk perangkap tersebut, mereka memutuskan untuk menggunakan jaring.

“Selepas mengejar kucing itu seketika sehingga ia berlari masuk ke dalam sangkar lama, Chris berjaya menangkapnya menggunakan jaring,” kata Saxelby.

Kucing liar ini sebenarnya mempunyai gulung pita pelekat yang membalut lehernya. Ramai orang, termasuk penyelamat daripada Kawalan Haiwan, sebelum ini cuba untuk menangkapnya tetapi gagal, kerana ia sangat takut kepada manusia.

Selepas kucing itu tenang, mereka mula memeriksa kecederaannya. Daging di leher kucing tersebut sudah membusuk. Mereka percaya gulung pita pelekat itu sudah berada di lehernya berbulan-bulan lamanya.

Mereka kemudian membawa kucing itu ke Pusat Perlindungan Haiwan Rancho Cucamonga untuk dirawat.

“Gulung pita pelekat di lehernya itu terpaksa dipotong. Selepas kami menegluarkan gulung pita pelekat tersebut kami terkejut melihat kecederaan pada lehernya yang begitu teruk,” kata Saxelby.

Melihat keadaan leher kucing itu yang begitu teruk, Saxelby menangis. Dia tidak dapat membayangkan kesakitan yang dialami kucing itu selama ini.

Di samping itu, kucing ini sangat kurus dan dehidrasi, kerana ia tidak boleh minum atau makan dengan baik disebabkan oleh gulung pita pelekat yang menyekat lehernya. Mujurlah, doktor haiwan dapat merawat luka di lehernya dan juga kecederaan pada telinganya. Selepas itu, ia menjalani proses pemulihan.

Kucing ini dinamakan Valentine, sempena hari yang ia diselamatkan. Beberapa hari selepas ia diselamatkan, Valentine kelihatan semakin pulih. Valentine pada mulanya kelihatan garang, tetapi perlahan-lahan, ia mula percaya kepada manusia setelah ia tinggal bersama keluarga angkatnya.

“Ibu angkatnya kini sudah dapat mengusap kepalanya dan ia membuat kami sangat gembira!!” Saxelby menulis di laman Facebook Saving Sweet Valentine.

Valentine cepat menyesuaikan diri bersama keluarga barunya itu. Ia suka tidur di tempat kegemarannya iaitu di dalam sinki!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment