Kucing Lepuk Anjing Ini Berkali-Kali Setelah Anjing Tersebut Kentut Dengan Kuatnya

Seorang pemilik anjing dan kucing berjaya merakamkan momen yang lucu perihal gelagat dua haiwan peliharaannya ini.

Anjing ini sedang tidur bersama kucingnya

Pada mulanya kedua-duanya kelihatan sungguh tenang sekali. Kemudian tiba-tiba sahaja tanpa amaran, anjing tersebut kentut dengan kuat sekali.

Jelas muka menyampah pada kucing tersebut. Mungkin tak tahan dengan bau kentut anjing tersebut, kucing tersebut dengan bersungguh-sungguhnya memukul kepala anjing tersebut dengan kaki kecilnya itu. Bukan sekali! Malah dua kali.

Anjing tersebut terus terkejut dan bangun terpinga-pinga..

Comel je gelagat dua ekor haiwan ini kerana jelas menunjukkan hubungan persahabatan yang unik antara anjing dan kucing. Kucing dan anjing selalunya dikatakan sering berkelahi antara satu sama lain, tapi video ini menunjukkan kedua-dua haiwan ini boleh hidup bersama secara harmoni.

Persahabatan anjing dan kucing ini betul-betul rapat kerana walaupun dipukul beberapa kali, anjing tersebut rileks sahaja langsung tidak melawan semula.

Tengok video ni

Dog Sleep Farting Makes Cat Angry

Dog Sleep Farting Makes Cat Angry đŸ˜‚#MyPet

Posted by My Pet on Wednesday, 12 September 2018

Marah betul cik cing…
Suka kucing? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment