Dengan berita-berita mengenai taufan Hagibis yang melanda Jepun 12 Oktober yang lalu, MM risau betul fikirkan nasib kucing-kucing yang tinggal di pulau Okishima.
Kita boleh tarik nafas yang lega kerana ada netizen memberitahu yang kucing-kucing ini semua dipindahkan ke tempat yang selamat selama beberapa hari sehinggalah keadaan kembali reda semula.
Nampaknya kerajaan Jepun menjaga kebajikan kucing-kucing ini dan kucing-kucing ini dijaga buat sementara waktu.
Gambar-gambar proses permindahan mula kelihatan selepas ramai yang berkongsi mengenai penyelamatan ini.
Rupa-rupanya penduduk pulau tersebut juga menyediakan tempat untuk kucing-kucing ini berteduh.
Comel je masing-masing duduk dalam kotak tu!
Fuhh lega rasanya.. Tahniah kerajaan Jepun kerana cepat bertindak.