Kucing Jelirkan Lidah? Ketahui Punca Tingkahlaku Ini

Anda mungkin perasan yang kadang kala kucing anda menjelirkan lidah mereka.

Kucing seringkali menunjukkan tingkahlaku yang pelik dan kadangkala mereka membuatkan anda tertanya-tanya kenapa kucing lakukan perkara tersebut. Tapi ketahuilah apabila kucing anda menjelirkan lidahnya, ada sebab kenapa ia berbuat demikian.

Adakah tingkahlaku kucing menjelirkan lidah satu perkara yang biasa?

Kadangkala, kucing sengaja menjelirkan lidah tanpa ada sebab pun. Mungkin ianya satu ekspresi yang pelik tapi ini tidak bermakna setiap tingkahlaku mesti mempunyai makna. Sesekali tingkahlaku ini kelihatan comel namun sekiranya kucing anda seringkali menunjukkan tingkahlaku ini, anda perlu mengambil perhatian. Kadangkala tingkahlaku ini menunjukkan kucing anda mengalami isu kesihatan yang tidak didiagnosakan.

Jadi sebelum anda fikir yang kucing menjelirkan lidahnya kelihatan comel, anda mungkin mahu membawa kucing anda untuk diperiksa. Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan kesemua punca untuk tingkahlaku ini.

Apakah punca kucing menjelirkan lidahnya

Jangan terus panik. Ini beberapa punca kebiasaan kenapa kucing anda sering menjelirkan lidahnya:

1. Bermain-main dengan rasa dan tekstur sesuatu makanan

Ini mungkin sebab biasa kenapa kucing menjelirkan lidahnya. Apabila kucing terasa sesuatu pada lidah atau dalam mulut mereka, mereka akan menjelirkan lidah mereka. Ini sudah dibuktikan dalam kajian yang kucing mempunyai keutamaan yang kuat terhadap sesuatu yang mereka suka. Kucing mempunyai rasa dan tekstur kegemaran mereka yang tersendiri. Jadi apabila anda memberikan sesuatu yang lain daripada kebiasaan yang mereka makan, mereka akan menjelirkan lidah mereka untuk menganalisa rasa makanan tersebut. Sekiranya makanan tersebut tidak disukainya, makanan tersebut akan dimuntahkan keluar.

2. Rahang longgar

Punca yang biasa kenapa kucing menjelirkan lidah adalah keadaan rahangnya. Kadangkala, apabila kucing tidur rahang mereka menjadi longgar dan lidah mereka terkeluar dengan sendirinya. Ianya sering terjadi apabila mereka disuntik ubat penenang atau sepenuhnya rileks.

3. Makanan tersekat di dalam mulut

Jika secebis makanan tersekat di dalam mulut atau di celahan gigi, ini menganggu kucing. Sekiranya makanan tersebut kekal tersekat, ianya akan menyebabkan beberapa isu di dalam mulut juga. Kucing tidak mampu untuk mengeluarkan makanan tersebut dengan sendirinya, jadi mungkin kucing anda menjelirkan lidahnya untuk meminta pertolongan dari anda.

Melainkan anda memberikan sepenuhnya perhatian terhadap tingkahlaku kucing anda, anda tidak mampu untuk mengesan yang kucing anda meminta anda melakukan sesuatu. Ramai pemilik kucing mengabaikan tingkahlaku ini sehingga mengakibatkan masalah pada kesihatan pergigian kucing mereka.

Apakah isu kesihatan yang dikaitkan dengan tingkahlaku ini?

Menjelirkan lidah adalah sesuatu perkara yang tidak perlu dibimbangkan sekiranya ia terjadi sekali sekala. Namun sekiranya kucing anda menunjukkan tingkahlaku ini dengan kerap, anda mungkin perlu membawa kucing anda ke veterinar untuk diperiksa. Berikut merupakan masalah yang sering dikaitkan dengan tingkahlaku menjelirkan lidah:

1. Isu pergigian

Selalunya partikel makanan yang tersekat di celahan gigi boleh mengakibatkan masalah pergigian. Ini termasuklah bisul, karies, kerosakan gigi, masalah gisi dan isu-isu lain yang mencetuskan tingkahlaku ini.

2. Dementia

Kucing tua yang mengalami dementia juga menunjukkan tingkahlaku menjelirkan lidah. Apabila dementia meningkat ke tahap yang tinggi, jadi ianya sukar kucing tersebut untuk tidak menjelirkan lidahnya.

3. Jangkitan

Ada beberapa jangkitan seperti periodontitis atau lepuhan boleh menyebabkan keradangan di dalam mulut. Ini juga mencetuskan tingkahlaku yang sama seperti menjelirkan lidah untuk menenangkan diri sendiri.

4. Stomatitis

Ini adalah sejenis masalah kesihatan yang jarang berlaku namun ini tidak bermakna yang kucing anda imun terhadap penyakit ini. Stomatitis menyebabkan kucing anda sering mengeluarkan air liur, kehilangan selera makan, keletihan dan menjelirkan lidah.

5. Strok haba

Apabila kucing terdedah dengan haba yang berlebihan tanpa akses air, kucing anda akan mengalami strok haba. Pada keadaan ini, untuk mengatur suhu badan, kucing akan menjelirkan lidah.

Kesimpulan

Jika anda ragu-ragu terhadap kesihatan kucing anda, anda perlu bawa kucing anda ke klinik veterinar berdekatan.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment