Kucing Jalanan Terkenal, Yeşim Atau Jade Sudah Tiada

Seekor kucing jalanan yang menjadi terkenal selepas videonya tular yang menunjukkan ia meminta daging dari seorang penjual daging.

Yeşim si kucing atau Jade, sudah pun tiada kerana dehidrasi dan hipotermia sejak dari tahun lepas lagi.

Jade yang terkenal setelah videonya ditonton jutaan orang seluruh dunia, hilang beberapa hari sebelum kematiannya.

Penjual daging Ikram Korkmazer berkata yang dia segera membawa Jade ke klinik haiwan apabila Jade datang ke kedainya.

Jade berada di dalam jagaan intensif selama tiga hari namun mati walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk merawatnya.

Korkmazer berkata yang dia sudah pun menjaga Jade selama lima tahun dan mempunyai ‘ikatan yang istimewa’ dengan kucing tersebut.

Kata Korkmazer,

“Rasa seperti Kade bercakap dengan saya dan akan memberi respon apabila saya beritahunya sesuatu. Bagi saya, ianya tiada beza dengan manusia.”

Penjual daging yang sedih ini berkongsikan yang veterinar memberitahunya bahawa Jade mengalami jangkitan dan mereka tidak mampu menyelamatkannya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Video Jade menjadi tular selepas seorang pelanggan mengambil video penjual daging tersebut bersama Jade di dalam kedainya di Manisa, Turki.

Video tersebut cepat sahaja menjadi tular seluruh dunia selepas Korkmaz sendiri serta badan amal haiwan tempatan berkongsikan video tersebut di media sosial.

Selamat bersemadi Jade.. Rehatlah puas-puas. Jom tengok video Jade ni:

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment