Kucing Ini Tular Kerana Cemburu Pemiliknya Bermain Dengan Anak Kucing Baru

Jangan ingat kucing tak cemburu ya…

Kisah ini membuktikan yang kucing pun boleh menunjukkan perasaan cemburunya apabila pemilik mereka memberikan perhatian kepada kucing lain.

Dalam kes ini anak kucing baru.

Seekor kucing baka British Shorthair ini, jelas raut wajahnya yang cemburu apabila pemiliknya bermain bersama anak kucing yang baru sudah menjadi satu perkara yang sensasi di internet. Dikongsikan oleh Meriel (@MerielMyers) di akaun twitternya.

Tengok sahaja muka cemburu tu

Kucing kelabu ini tidak berhenti di situ. Dikatakan yang ia merenung anak kucing oren tersebut seakan-akan ada rancangannya tersendiri untuk menghilangkan anak kucing itu.


Harap-harap anak kucing oren ini baik-baik saja ye. hehe

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment