Kucing Ini Tidak Mahu Makan Kerana Terlalu Sedih Kerana Sudah Kehilangan Dua Orang Tuannya

Kucing yang bernama Samara ini sudah menyayangi dan kehilangan bukan hanya sekali, namun dua kali.

Kehidupannya jadi kucar kacir pada tahun 2016 setelah kem4tian tuan kesayangannya dan keluarga mendiang meninggalkannya di pusat perlindungan yang sibuk di Michigan.

“Tidak ramai penyelamat datang ke pusat perlindungan ini, jadi kucing disini mempunyai kadar dim4tikan yang tinggi,” kata Sasha Oza pengarah eksekutif Michigan Cat Rescue (MCR). “Namun Nancy Hutchinson (presiden MCR) akan pergi ke sana dan menyelamatkan kucing kucing di sana.”

Dalam satu lawatannya, Hutchinson terpesona melihat Samara.

“Ia hanya berusia 8 bulan dan ia dijadualkan untuk di euthanisasi (dim4tikan),” kata Oza. “Jadi kami membawanya pulang untuk diselamatkan.”

Tanpa mengambil masa yang lama untuk mencari rumah baru untuk Samara.

 “Samara dibela oleh wanita yang sangat hebat bernama Joyce,” kata Oza. “Joyce merupakan penderma terbesar dan pengikut setia kami. Dia akan datang ke event kami dan dia merupakan seseorang yang sangat bagus.”

 “Dia sangat sayangkan Samara,” Oza menambah. “Saya ada beberapa gambar dari facebooknya… dan dengan kapsyen menyatakan, ‘cinta hati saya’


Namun setelah beberapa minggu, tragedi berlaku lagi…..

“Joyce sudah pergi secara tiba tiba di rumahnya,” kata Oza. “Jadi kucing yang malang ini sudah kehilangan tuannya sebanyak dua kali.”

Oleh kerana kem4tian Joyce berlaku secara tiba tiba, pihak polis lakukan penyiasatan di rumahnya. Apabila pihak polis menemui Samara, mereka mengarahkan pihak kawalan haiwan mengambil Samara dan diletakkan di pusat perlindungan haiwan. Syukur Hutchinson campur tangan dan meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan dia mengambil Samara pulang semula ke pasukan penyelamat.

“Nancy masuk ke dalam untuk mengambil Samara namun ia mengambil masa dalam 24 jam kerana Samara menyembunyikan diri dan
ketakutan,”
kata Oza. “Nancy berjaya mendapatkan Samara dan kami menjaganya dalam dua hari dan ia kelihatan sangat patah hati dan sedih.”

Samara tidak mahu makan selama beberapa hari jadi ia dibawa berjumpa veterinar. Doktor berkata tiada apa yang tidak kena pada Samara.

“Kami lakukan pemeriksaan dar4h secara sepenuhnya, doktor pun sudah memeriksanya dan semuanya baik baik sahaja,” kata Oza. “Ia cuma patah hati dan tidak mahu makan. Sedih sangat.”

Oza mengambil keputusan untuk membawa pulang Samara dan belanya sendiri— dan ini seperti dapat membantu Samara dengan banyaknya.

 “Ia mula mahu makan tapi anda perlu membelainya terlebih dahulu,” kata Oza. “Anda juga perlu berada bersamanya dan duduk berdekatannya semasa ia makan. Jadi itulah yang kami lakukan.”


Lama kelamaan Samara mula makan dengan sendirinya namun ia masih sukakan perhatian.

 “Kini Samara sudah keluar dari kepompongnya, ia kucing yang sangat berharga,” kata Oza. “Ia sangat sweet dan suka dibelai. Ia sukakan garuan di perut dan ia akan bergolek golek apabila meminta untuk digaru perut. Ia sangat sukakan tu.”

Kini Samara yang semakin pulih ini, ia bersedia untuk ditempatkan di rumah yang baru. Namun bagi Oza dan pihak MCR, mereka inginkan Samara menemui keluarga yang terbaik untuknya.

 “Ia sudah berhadapan dengan pelbagai kekecewaan dan kesedihan di dalam hidupnya dan kami hanya mahukan ia gembira selama lamanya.” Kata Oza. “Kami perlukan seseorang yang dapat memberikannya sepenuh perhatian kerana ia seekor kucing yang sangat sukakan perhatian. Ia sememangnya kucing yang sukakan manusia. Ia hanya mahu bersama anda sahaja.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment