Kucing Ini Sukakan Buah Pic Namun Bukan Untuk Dimakan

Musim mengutip buah buahan— dan ada seekor kucing sangat teruja bahawa sudah tiba musim buah pic.

Bukannya kucing yang bernama Ozzy ini mahu makan buah pic tersebut. Untuk kucing yang berusia 5 tahun ini, tidak ada katil yang dapat dibandingkan dengan longgokan buah pic yang harum, ranum dan masak. Tambahan lagi ia dapat mereka pelbagai kegunaan buah pic tersebut sekira keluarnya membawa pulang buah pic.

“Ia akan menghidu hidu, gunakan sebagai bantal untuk berehat atau hanya berdiri menjaga buah buah pic tersebut.” kata Lydia Coutré dimana ibu bapanya yang memiliki Ozzy.

Selama bertahun tahun tingkah laku pelik kucingnya ini menghiburkan kakak manusianya Lydia dan Lorraine.

“Ia diperkenalkan dengan buah pic semasa musim buah pic pertama apabila keluarga kami mula membelanya,” kata Coutré.  “Ia menjumpai buah pic di atas meja dan terus menggesel mukanya di buah pic tersebut, jadi kami fikir yang ia sukakan texture buah pic tersebut.”

Pemilik Ozzy sering membiarkan buah buah pic untuk masak di atas surat khabar yang direntangkan— memberikan Ozzy peluang untuk membuat ‘sarang’. Jika keluarga Ozzy mahukan hasil buah buahan mereka ‘bebas bulu’ kucing mereka perlu mengambil langkah yang drastik.

“Ibu saya pernah menyimpan buah buah pic di ruang bawah tanah untuk mengelakkan dari Ozzy,” jelas Coutré. “Namun Ozzy tetap dapat menjumpai buah  buah pic tersebut dan meninggalkan ruang kocong setelah kami menyusun elok buah buah pic tersebut.”

Ozzy sudah tinggal bersama sama keluarga Coutré sejak dari musim luruh tahun 2013. Lorraine dan ibunya sama sama membuat kerja sukarelawan di Harbor Humane Society di West Olive, Michigan, apabila mereka mengambil keputusan untuk menengok nengok kucing yang ada untuk dibela. Mereka pada mulanya tidak mahu membesarkan lagi keluarga mereka dengan penambahan kucing namun apabila Lorraine menemui Ozzy, ia bagaikan cinta pada pandangan pertama.

“Saya melihat Ozzy di lobi utama (nama asalnya adalah Blaze ketika itu) dan saya tidak dapat lupakannya dalam fikiran saya,” kata Lorraine Coutré.
“Apabila saya dapat bertemunya sejurus sebelum kami ingin pulang, ia terus kekal di pelukan saya. Ibu tidak mampu berkata ‘no’ sebab saya merayu dan lebih lebih lagi ia merupakan hari ‘Free Kitten Friday’ dan akhirnya kami bawa ia pulang ke rumah!”

Ozzy kucing yang sangat periang, suka bermain dan kucing yang manja namun kesukaannya terhadap buah bukan semua jenis buah yang bulat. Yang sebenarnya, Ozzy tidak sukakan buah buahan citrus

“Ozzy bencikan clementine (buah seakan akan oren),” kata Coutré. “Ia menghidu kemudian akan membuat muka pelik dan terus lari. Ozzy tidak berdamping dengan buah yang lain—- cuma buah pic sahaja.”

Kesukaan pelik Ozzy terhadap buah musim panas ini sering menjadi bahan lawak di dalam keluarga Coutré. Pemilik Ozzy akan menghiburkan anak anak perempuan mereka dengan menghantar gambar gambar Ozzy tidur bersama buah pic di dalam group chat keluarga mereka.
Lama kelamaan Coutré tidak hanya menyimpan gambar gambar lawak Ozzy untuk tatapan sendiri dan mula kongsikan di dalam pos Twitter.

Hanya beberapa hari sahaja pos tersebut menjadi tular dengan lebih 60,000 retweet dan lebih 100,000 likes. Walaubagaimanapun Ozzy kelihatan seperti tidak kisah mengenai popularnya ia sekarang. Ia lebih kisah mengenai musim buah pic yang hampir tamat ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment