Kucing Ini Sangat Sedih Apabila Abangnya Tiada, Sehinggalah Muncul Kawan Baru Untuknya…

Kita selaku manusia pun sedih apabila kehilangan orang yang tersayang. Tidak kecuali juga kucing. Walaupun tidak dikurniakan akal, kucing semestinya mempunyai perasaan.

Apabila dua beradik kucing oren bernama Harley dan Davidson diambilbela, kedua-dua tidak pernah berpisah dan sentiasa mengekori manusia mereka bersama-sama.

Dua beradik kucing ini diambil dari pusat perlindungan kucing tempatan. Kedua-dua tidak pernah berpisah.

Namun apabila kedua adik beradik ini berusia setahun lebih, tragedi menimpa. Davidson jatuh sakit dan dibawa ke veterinar, di mana jawapan tidak diketahui dengan mudah. Setelah beberapa ujian dilakukan dan perjumpaan dengan beberapa pakar, mereka pun ada satu diagnosis. Davidson diserang penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).

Penyakit ini sangat jarang untuk berlaku, WebMD menjelaskan bahawa 95% kucing yang mengalaminya akan m4ti. Malangnya Davidson salah satu antara kucing tersebut.

Kasihan Harley tidak dapat menerima yang abangnya sudah tiada.

“Harley sangat tidak tentu arah dan akan berbunyi (menangis) pada malam hari berbulan-bulan lamanya,” kata pemilik Harley. “Kini hanya tinggal saya dan Harley sahaja.”

Sementara itu, teman lelaki pemilik Harley mengambilbela anak kucing kecil yang di bawah jagaan sementara selepas ditemui di dalam belukar bersama-sama adik beradiknya yang lain.

“Dia (teman lelakinya) jatuh hati melihat corak tortie pada anak kucing tersebut,” kata pemilik Harley.

“Beberapa bulan kemudian saya berpindah ke bandarnya dan kami dapat sebuah apartment untuk tinggal bersama-sama. Kami sangat risau mengenai perjumpaan Harley dan Lilo.”

“Namun semuanya baik-baik sahaja. Lilo sudah belajar untuk mengurangkan agresifnya dan lebih kepada kucing yang suka belaian seperti abangnya Harley.”

“Mereka sentiasa mengekori kami ke mana sahaja, tidur bersama-sama kami dan lakukan helah seperti duduk dan berdiri semata-mata untuk treats,”

Kini, dua ekor kucing ini sentiasa mengendap manusia mereka bersama-sama dan sentiasa meluangkan masa bersama.

Lega rasanya Harley menemui kucing baru yang mengisi kekosongan di hatinya. Walaupun Lilo tidak dapat menggantikan Davidson, Lilo mampu untuk menaikkan semangat Harley semula setelah lama bersedih.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment