Kucing Ini Popular Kerana Gambar Meme Yang Tular Di Media Sosial

Kenali Smudge kucing putih yang popular disebabkan meme nya.

Tak tahu apa tu meme? Ha tengok jelah gambar di bawah,

Mesti anda perasan ada meme lucu ni berlegar-legar dalam sosial media anda. MM tak boleh duduk diam, MM nak kenal juga dengan kucing putih dalam meme tersebut.

Meme ini bermula pada bulan Mei apabila ada seorang pengguna Twitter @missingegirl mengepos tweet dengan menggabungkan gambar Smudge dengan gambar Taylor Armstrong dari rancangan “The Real Housewives of Beverly Hills”. Tweet tersebut yang sangat tular sehingga mencapai retweet sebanyak 78,900 dan likes sebanyak 276,800 dalam masa dua bulan sahaja.

Apabila melihat banyak gambar-gambar Smudge berlegar dalam dunia internet, pemilik Smudge Miranda yang berusia 24 tahun ini mula membuat akaun Instagram untuk Smudge pada hujung Mei yang lalu.

Instagram Smudge sudah mencapai pengikut seramai 787ribu yang sememangnya jumlah yang sangat banyak kerana akaun instagram Smudge baru sahaja bermula beberapa bulan.

Tengok jelah koleksi meme Smudge yang ada di media sosial ini,

#1

#2

#3

#4

#5

Jangan lupa follow Smudge tau di instagram.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment