Kucing Ini Patah Hati Selepas Kematian Pemiliknya – Tak Mahu Makan Dan Minum

Kucing selalunya dikatakan haiwan yang nakal, suka bersendirian dan tidak kisahkan apa sahaja selain tidur dan makan.

Tapi kucing ni buktikan disebaliknya.

Anak lelaki kepada pemlilik kucing ini, Fadhil Raihan menulis dalam satu pos mengatakan bagaimana kucing ini mempunyai ikatan yang kuat bersama pemiliknya selepas ia diambilbela sejak dari kecil lagi.

Apabila pemiliknya meninggal dunia, kucing ini tiba-tiba jatuh sakit, hilang selera makan dan enggan makan dan minum.

Akhirnya kucing yang bernama Rambo ini dibawa ke veterinar beberapa kali kerana terhidrat malah dimasukkan wad.

Selepas dirawat dan dibawa pulang ia hanya mahu tidur dan duduk di hadapan televisyen walaupun sekeluarga ini memberikan ia makanana dengan vitamin untuk pastikan ia sentiasa sihat.

Veterinar menjelaskan yang secara fizikalnya Rambo tidak sakit. Kucing juga boleh merasa kehilangan dan depresi.

Akhirnya keluarganya memutuskan untuk membawa Rambo ke perkuburan pemiliknya. Selepas memerhati keadaan sekeliling, Rambo hanya duduk di hadapan batu nisan.

Entah apa yang difikirkan…

Rambo diberikan masa untuk ‘bersama’ pemiliknya sebelum mereka semua pulang ke rumah dan tiba-tiba selera makan Rambo kembali semula, namn masih perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Sejak itu kucing ini digelar Rambo The Loyal Cat, dan Fadhil membuka akaun instagram untuk Rambo.

View this post on Instagram

Ini fotoku waktu kecil 😸

A post shared by Rambo (@rambotheloyalcat) on

Jadi siapa cakap kucing tahu tidur dengan makan je…. Harap Rambo sihat sepenuhnya selepas ini.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment