Kucing Gemuk Ini Punyalah Pemalas Sampai Tidak Mahu Guna Pintu Khas Untuk Kucing

Selama bertahun-tahun lamanya wanita bernama Ngawai dan keluarganya ingat yang kucingnya Mischief terlalu gemuk untuk memasuki pintu khas untuk kucing rupanya ia terlalu malas untuk masuk.

“Ia selalu duduk diluar dan melihat atau akan mencakar-cakar pintu kucing tersebut,” kata Ngawai. “Ia tidak pernah guna pintu kucing tersebut. Ia mula mencakar-cakar pada pintu kucing tersebut lebih-lebih lagi pada tahun ini dan pintu tersebut akan terbuka sedikit, namun ia tidak pernah cuba untuk masuk dan hanya tenung kami sekeluarga mengharapkan kami membuka pintu untuknya.”

Namun baru-baru ini mereka mengetahui yang Mischief mempunyai rahsia selama ini.

“Kami mula menemuinya di dalam rumah walaupun pintu berkunci dan kami melihat sendiri ia berusaha memasuki rumah dengan pintu kucingnya,” kata Ngawai. “Namun ia akan mencakar-cakar terlebih dahulu seketika sehingga ia mencuba memasuki rumah dengan sedirinya.”

Keluarga Ngawai yang tinggal di New Zealand sudah memiliki Mischief selama 8 tahun walaupun ia lebih rapat dengan datuk Ngawai.

“Ia rapat dengan datuk,” kata Ngawai. “Walaupun atuk hanya tiada beberapa hari, ia mula berkelakuan aneh.”

Seluruh keluarga tidak pasti bagaimana Mischief jadi gemuk walaupun Ngawai menjelaskan yang Mischief tidak mempunyai masalah kesihatan. Ia sudah dalam proses mengurangkan berat sudah beberapa tahun lamanya.

“Ia diberikan makan mengikut jumlah yang bersesuaian setiap hari,” kata Ngawai. “Kami tidak pasti kenapa ia tetap gemuk. Kami dulu pernah juga bagi snek dan ia juga suka menyibuk masa kami sekeluarga makan dan akhirnya kerana kasihan kami berikan ia makan apa yang kami makan.”

“Ia sangat takutkan beg plastik,” kata Ngawai. “Dengar sahaja bunyi plastik ia akan lari. Ia hanya berbunyi apabila ia melihat ada burung mencuri makanannya yang selalu terjadi pada setiap hari. 

Namun kelaku Mischief pada pintu kucinglah yang menghiburkan Ngawai dan keluarganya.

“Kami dapati yang ianya sangat kelakar,” kata Ngawai. “Semua orang sayangkannya walaupun ia pemalas dan sedikit sombong.”

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment