Kucing Enggan Meninggalkan Pusara Tuannya Walaupun Sudah Setahun Berlalu

Kucing yang bersedih ini sering tidur di pusara tuannya, bergolek-golek di tanah dan hanya pergi untuk makan sebelum kembali ke pusara tuannya.

Kucing yang patah hati akibat kem4tian tuannya ini kekal berada di pusara tuannya walaupun sudah setahun berlalu.

Kucing ini didengari berbunyi sambil berbaring di atas tanah di tanah perkuburan Jawa Central, Indonesia.

Keli Keningau Prayitno 28, cuba untuk mengambil bela kucing tersebut namun ia tetap kembali ke pusara tuannya sambil mengusap usap kepala di batu nisan.

Ajaibnya kucing ini akan berjalan setiap hari dari rumah tuannya di mana ia diberi makan oleh anak anak tuannya kemudian akan kembali ke pusara.

Walaupun diberi makan dan air dari pengunjung tanah perkuburan tersebut, kucing ini tetap tidak meninggalkan pusara tuannya, berguling guling di atas tanah dan tidur di situ setiap malam.

Keli Keningau berkata,

“Sejak kem4tian tuannya, kucing ini tinggal di pusara tersebut. Ia tidak mahu pulang ke rumah. Kucing ini sudah berada di pusara ini selama setahun.”

“Saya ingatkan ia kucing jalanan tidak bertuan dan cuba untuk membelanya namun ia tetap akan kembali ke pusara tersebut”.

“Saya nampak kucing itu setiap hari dan perasan memang dia akan duduk di pusara tersebut namun kadang kala akan pergi sejam atau dua sebelum kembali semula.”

“Saya ikut kucing tersebut dan ia menuju rumah yang ia pernah tinggal dan anak anak tuannya akan memberi ia makan.”

“Kemudian kucing itu akan kembali ke pusara tuannya dan akan tidur dan berbunyi miaow yang sangat sayu untuk didengar. Setiap hari ya.”

“Sangat sedih untuk melihat dan agak terkejut juga haiwan yang dikatakan tiada akal fikiran sangat menyayangi tuannya seperti ini.”

Katanya lagi dia mengikuti kucing tersebut dan mendapati bahawa tuan kucing ini merupakan wanita tua yang bernama Kundari yang sudah meningg4l setahun yang lalu.

Di Thailand ada seekor anjing yang berusia 3 tahun setia menunggu selama setahun tuannya yang hilang. Anjing tersebut bernama Jaow Loung yang terjatuh dari kenderaan dan setia menunggu di situ untuk bertemu tuannya namun Jaow m4ti akibat dil4nggar kereta pada 25 September yang lalu.

Kisah ini seperti kisah anjing jepun Akita yang bernama Hachiko yang setia menunggu keretapi yang selalu tuannya yang sudah meningg4l dunia Hidesabur Ueno naik untuk pulang ke rumah. Hachiko menunggu keretapi tersebut setiap hari selama 9 tahun.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment