Kucing Cerewet Bab Makan? Ketahui 5 Tips Ini

Setiap kucing mempunyai personalitinya masing-masing. Terdapat kucing yang sangat cerewet sehinggakan untuk memberinya makan pun jadi satu masalah yang besar.

Jika anda mempunyai kucing yang cerewet, ini merupakan tips yang anda perlu tahu.

1. Mangkuk makanan sangat penting

Mangkuk atau bekas makanan yang anda gunakan untuk memberi makan kucing anda mempengaruhi kucing anda. Kucing yang cerewet ini tidak suka mangkuk yang terlalu dalam atau terlalu sempit. Ini adalah kerana kucing tidak suka apabila misai mereka yang sensitif itu bersentuhan dengan sisi mangkuk. Anda mungkin juga perlu mengelakkan dari menggunakan mangkuk plastik kerana ada kucing yang tidak sukakan bau plastik.

2. Memastikan bekas makanan dan minuman sentiasa bersih

Kucing suka apabila bekas makanan dan minuman mereka bersih. Jika bucu bekas makanan sudah diselaputi air liur kering atau sisa makanan yang lama ataupun ada habuk, kucing mungkin tidak mahu makan dari bekas tersebut.

3. Jangan campurkan ubat-ubatan kucing anda dengan makanannya

Jika kucing anda perlu mengambil ubat-ubatan, kelihatan mudah jika letak sahaja di dalam makanannya. Ini adalah satu kesilapan. Walaupun ubat-ubatan tersebut sudah disembunyikan dalam makanan kucing, kucing masih mampu menghidu ubat-ubatan tersebut. Jika kucing anda sememangnya seekor kucing yang cerewet, apabila ada ubat-ubatan dalam makanannya, ia akan bertambah-tambah cerewet. Ia mungkin tidak mahu makan langsung dan tidak akan makan makanan yang dulu ia suka.

4. Biarkan kucing anda memilih

Makanan basah atau kering jika salah satu daripada itu merupakan kegemaran kucing anda, teruskan memberi mereka itu. Jika anda ingin mencuba makanan yang lain, berikan kucing anda mencuba dahulu sebelum terus menukar makanan mereka.

5. Tarik perhatian kucing anda

Jika anda sudah lakukan semua tips yang disebutkan itu dan masih tidak dapat memujuk kucing anda untuk makan, perkara pertamanya adalah anda perlu pastikan yang tingkahlaku kucing anda ini bukanlah satu isu kesihatan. Jika terbukti kucing anda sihat, ini bergantung kepada anda untuk menarik perhatian kucing anda untuk makan. Terdapat beberapa makanan yang anda boleh tambah pada makanan kucing anda untuk membuatkan ia makan:

  • Jus tuna atau kepah
  • Sedikit daging ayam yang dimasak
  • Makanan bayi berasaskan daging (tanpa bawang)

Kucing yang cerewet sangat susah untuk diberi makan. Penting untuk anda memberikan kucing anda makanan yang cukup setiap hari untuk memastikan kucing anda sihat dan berat badannya ideal.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment