Kucing Boleh Makan Telur Ke? Apa Khasiat Telur Buat Kucing?

Bolehkah kucing makan telur? Kalau boleh apa khasiat telur buat kucing?

Kolesterol punca sakit jantung di kalangan manusia merupakan mitos. Terima kasih kepada kajian zaman moden ni. Kajian zaman moden menunjukkan diet yang mengandungi kolesterol bukanlah punca sakit jantung di kalangan manusia. Tahap kolesterol jahat dalam darah manusia meningkat sekiranya mereka mengambil makanan yang berkolesterol melebihi apa yang diperlukan oleh badan dan semestinya kurang bersenam. Itu yang menjadi punca sakit jantung. Jadi telur merupakan diet yang mengandungi kolesterol, selamat untuk dimakan oleh manusia.

Sama juga seperti kucing. Diet yang mengandungi kolesterol juga tidak pernah menjadi isu. Kuning telur yang menyerlah itu tidak membahayakan kucing.

Kucing juga boleh diserang sakit jantung namun secara amnya kucing tidak diserang atherosclerosis iaitu merupakan sumber kegilaan anti-kolesterol. Ada dua jenis sakit jantung di kalangan kucing.

  • Hypertropik Kardiomiotopati — punca dari cara hidup yang tidak sihat. Kebanyakkan kucing yang obesiti
  • Dilated Kardiomiotopati — punca dari kekurangan taurine dalam diet

Oh ya, telur merupakan sumber taurine yang paling bagus.

Sebenarnya, keseluruhan telur itu sendiri dipertimbangkan oleh pakar nutrisi merupakan sumber protein paling bagus untuk haiwan.

Sekiranya kucing anda alergi kepada telur (alergi telur jarang berlaku kepada kucing), jadi selamat untuk kucing anda memakan telur yang dimasak secara sederhana.

Kenapa perlu memberi kucing memakan telur secara sederhana?

Walaupun telur sememangnya kaya dengan nutrisi, telur tidak mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk kucing. Kucing yang hanya diberikan telur dalam dietnya akan menyebabkan kekurangan nutrisi. Telur yang dimasak hanya diberikan sebagai snek, supplemen tambahan kepada makanan kucing atau sebagai diet yang dimasak di rumah yang direka secara profesional oleh pakar nutrisi veterinar, selamat diberikan.

Kenapa perlu beri telur yang dimasak kepada kucing?

Secara ringkasnya, memasak dapat mematikan bakteria. Memberi kucing makan makanan yang mentah memberi potensi untuk diserang penyakit bakteria zoonotik. Selain dari itu makanan mentah mengandungi bakteria Salmonella, E Coli dan Campylobacter yang boleh menyerang kucing dan tersebar kepada manusia.

Walaubagaimanapun telur mentah adalah kes yang istimewa. Ya, telur mentah boleh dijangkiti bakteria. Namun putih telur mempunyai sejenis protein dipanggil avidin yang mengikat biotin (vitamin B7). Terlebih avidin boleh mengakibatkan kekurangan biotin. Dengan memasak dapat menghapuskan avidin. Jadi disyorkan untuk memberikan telur masak kepada kucing anda.

Jika mahu juga berikan telur kuning mentah sahaja kepada kucing anda.

Kesimpulannya

Telur bagus untuk kucing, rasanya sedap dan sangat nutrisi buat kucing. Namun pemberian telur kepada kucing hendaklah secara sederhana sahaja. Tidak perlu jadikan telur sebagai makanan utama kucing anda.

Rujukan: Dr Eric Barchas 20 Mac 2018.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment