Kucing Boleh Makan Roti Ke?

Apabila persoalan mengenai kucing boleh makan roti ke? Anda bukan keseorangan. MM pun mempunyai seekor kucing yang sukakan roti. Jadi buat MM fikir boleh ke kucing makan roti sebab semestinya roti bukan makanan untuk haiwan karnivor seperti kucing dan selamat ke kalau kucing makan roti?

Boleh ke kucing makan roti? Bahaya ke untuk kucing?

Jadi adakah roti selamat untuk kucing? Nasib baik roti tidak berapa bahaya untuk kucing. Jadi jawapan untuk persoalan ini adalah YA tapi tidak berapa digalakkan. Kucing tidak perlukan roti dalam diet mereka.

Tapi kucing boleh ke makan roti yang belum dimasak? Maknanya doh roti?

Dr. Heather Loenser, Senior Veterinary Officer dari American Animal Hospital Association, memberi amaran bahawa bahaya sekiranya kucing memakan doh roti.

“Bahaya yang mungkin terjadi kepada kucing sekiranya mereka memakan doh roti adalah penapaian dari yis doh roti tersebut boleh menyebabkan doh itu mengembang dalam perut kucing. Ini boleh menyebabkan kesakitan perut dan membuatkan perut kucing menjadi kembung.”

Jadi kesimpulannya?

Dr. Loenser berkata sepanjang karriernya selama 15 tahun sebagai veterinar tidak pernah lagi dia melihat kes di mana kucing jatuh sakit kerana roti jadi ia tidaklah bahaya yang perlu dirisaukan namun tidak digalakkan untuk memberikan kucing anda roti. Sekadar snek sahaja tidak menjadi masalah.

Kucing MM tu bukan setakat roti, biskut empat segi pun dibalunnya…. Mungkin sebab pernah jadi stray so ia makan semua benda. Kesian kan…

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment