Kucing Boleh Makan Nasi Ke?

Nasi sememangnya makanan ruji bagi kita orang Asia ni kan? Ada segelintir pemilik kucing menambahkan nasi dalam diet harian kucing mereka.

Namun persoalan sekarang ini adakah kucing boleh makan nasi? Apa kebaikan nasi untuk kucing? Jadi untuk post kali ini jom kita siasat lebih lanjut mengenai nasi buat kucing.

Secara amnya kucing merupakan haiwan karnivor. Ini bermakna kucing perlukan diet berasaskan daging dalam diet hariannya. Kita manusia merupakan omniver jadi tidak bermakna apa yang kita makan, kucing pon boleh makan.

Ada mitos mengenai bahayanya nasi. Ada yang berkata beras tidak elok untuk burung. Mengikut kepercayaan mereka, setelah beras dicerna, serat akan berkumpul di dalam perut dan mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik. Ada juga pemilik kucing percaya dalam kemungkinan hal ini akan berlaku kepada kucing mereka jika diberi makan beras.

Kredit Gambar: Cuteness

BOLEHKAH KUCING MAKAN NASI? BOLEH TAPI……

Kini anda dah tahu yang kucing sebenarnya boleh makan nasi. Cuma untuk penerangan yang lebih lanjut MM akan pecahkan kepada tiga kategori supaya anda lebih memahami perihal ini:

Beras di dalam makanan kucing

Bolehkah kucing makan makanan kucing yang mengandungi beras? Boleh sahaja. Tiada apa yang toksin untuk ditakuti, tiada reaksi alergi yang akan tercetus. Namun perlu diingatkan ya beras hanyalah sebagai ‘filler‘. Filler ini apa? Filler ni macam benda yang membuatkan kucing anda kenyang.

Walaubagaimanapun, beras hanyalah karbohidrat semata-mata dan kucing tidak berapa tertarik dengan karbo. Kucing lebih menggemari protein. Lagipun beras tidak mengandungi nutrisi yang banyak untuk kucing.

Kredit Gambar: Feline Nitrition

Tambahan lagi ada kajian yang menunjukkan kucing yang memakan beras dan pada masa yang sama mengambil makanan kucing yang kaya dengan taurine masih mengalami masalah kekurangan taurine. Ini menunjukkan beras mengurangkan kuantiti taurine dalam kucing dan penting ya taurine untuk perkembangan kucing.

Jadi penerangan untuk ini adalah beras menjejaskan metabolisma taurine kerana impak negatifnya terhadap kandungan lemak dan serat.

Jangan mudah terpedaya dengan produk yang memfokuskan ‘brewer rice’. Ia hanyalah serat kecil yang ditapis dari beras berserat penuh yang merupakan by-product yang tidak digunakan oleh kilang beras. Ia murah dan sangat rendah kualiti. Jadi sentiasa periksa label bahan bahan dalam makanan kucing anda untuk mengelakan mereka memakan sesuatu yang tidak diperlukan oleh badan mereka.

Beras yang dimasak, well nasi la kan?

Tiada masalah untuk kucing dewasa yang sudah diperkenalkan dengan nasi semasa awal usianya. Jika kucing anda baru kepada nasi, pastikan dahulu perutnya boleh tahan dengan nasi. Lakukan percubaan makanan untuk pastikan sistem pencernaan kucing anda boleh memproses nasi.

Kredit Gambar: Cat time

Jika kucing anda tiada masalah dengan nasi, anda boleh memberikan kucing anda nasi dengan menambahkan susu atau dadih. Ataupun anda boleh juga menambahkan ikan dan ayam dalam nasi tersebut.

Namun semua perkara perlulah diberikan secara sederhana. Disebabkan kucing merupakan haiwan karnivor jadi jumlah nasi perlulah kurang daripada jumlah protein. Jangan pula disebaliknya.

Beras yang tak dimasak

Ada ke yang bagi kucing makan beras? Macam pelik sahaja kan? Jangan bagi kucing anda beras ok. Kucing bukan seperti burung.

Kredit Gambar: Dingo

Nasi yang tidak dimasak well beras la kan? Beras mengandungi lectin yang kemungkinan toksin kepada kucing jika diberi dalam kuantiti yang banyak. Jika tiba-tiba anda mendapati kucing anda memakan beras, anda tidak perlu risau sekiranya ia makan tak banyak. Tapi pelik kalau kucing makan beras.

KEBAIKAN NASI PADA KUCING

Nasi tidak mempunyai vitamin dan mineral yang banyak namun ia masih dapat memberi banyak kebaikan pada kucing:

  • Nasi mengandungi karbohidrat yang dapat memberikan tenaga kepada kucing anda.
  • Nasi mengandungi serat yang dapat membantu melancarkan sistem pembuangan kucing
  • Nasi mudah dihadam untuk kucing. Namun ada kemungkinan kucing anda mengalami sembelit jika kucing anda terlebih makan nasi.
  • Veterinar mungkin menasihati anda untuk memberikan kucing anda nasi jika kucing anda sakit perut. Rupa-rupanya, nasi bagus dalam melegakan cirit birit dan masalah pencernaan.
Kredit Gambar: Pawsome Talk

Perlu diingatkan yang anda haruslah menyediakan makanan yang diformulasikan khas untuk kucing. Pemberian nasi sahaja tidak cukup untuk bekalan nutrisi yang diperlukan kucing anda.

KESIMPULANNYA….

Kucing boleh makan nasi. Namun seperti yang diulang banyak kali, kucing perlukan protein jadi adalah lebih baik kita memberikan kucing makanan yang berasaskan daging. Nasi hanya makanan sampingan untuk ditambah pada diet harian kucing.

Nasi membekalkan karbohidrat untuk tenaga dan serat untuk membantu sistem pencernaan kucing. Nasi mudah untuk dihadam jadi ia bagus untuk kucing yang sakit perut.

Walaubagaimanapun nasi tidak mempunyai taurine jadi ia tidak cukup untuk mengekalkan kesihatan kucing. Kucing anda tetap perlukan diet daging. Jika anda ingin juga menambah nasi dalam diet kucing anda, anda perlu ingat arahan portion ini iaitu 1/2 ke 2/3 hidangan hendaklah berasaskan daging atau protein selebihnya anda boleh tambah nasi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment